Dakwah dan tarbiah penyumbang besar kejayaan

Namun, tidak bagi Puan Farah Nabilah Abdul Rahman yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Siswa 2016 bagi kategori Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi “Tokoh Siswa Kebangsaan”, yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh tanggal 25 Mac 2017 yang lalu.

Beliau merupakan seorang yang aktif semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan aktiviti kemanusiaan dan kepimpinan pelajar universiti. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan, beliau seorang pelajar cemerlang dengan memperolehi Anugerah Dekan pada setiap semester.

Dalam temu ramah bersama penulis, beliau membocorkan rahsia bagaimana beliau dapat membahagikan masa dengan baik dan sebab kenapa beliau berada dalam ruang aktivisme. Ikuti temu ramah penulis bersama beliau baru-baru ini.

Wartawan: Ceritakan sedikit tentang latar belakang dan keterlibatan anda dalam dunia aktivisme semasa di universiti dulu.

Saya Farah Nabilah binti Abdul Rahman, berumur 24 tahun dan telah menamatkan pengajian dua bulan lalu (Januari 2017) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan majoring dalam Psikologi, minoring dalam Usuluddin dan Perbandingan Agama.

Pada tahun-tahun pertama di universiti, saya merupakan naqibah atau mudahnya, fasilitator untuk Study Circle (usrah) di bawah Centre for Leaders and Virtue (CLAV) IIUM.

Kemudian saya semakin aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan dan kepimpinan. Antara kelab yang pernah saya sertai adalah Quranic Youth Club yang khususnya kepada al-Quran, kemanusiaan dan juga dakwah kepada bukan Islam selain aktif dalam program yang dianjurkan UCCE-BUDI (University Centre of Community Engagement).

Selepas itu, Allah mengizinkan saya memenangi pilihan raya kampus dan menjadi salah seorang wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016 sebagai Co-Chair Person of Public Relations.

Saya juga melibatkan diri dengan program-program berdasarkan bidang akademik seperti terlibat dalam aktiviti Psycsta dan paling saya teruja ialah penyertaan sebagai delegasi dalam Model of United Nations.

Alhamdulillah, saya pernah memenangi The Best Delegate Award sebanyak dua kali, dan Honorable Mention Award sekali. Paling kemuncak apabila saya mewakili UIAM untuk bertanding di peringkat antarabangsa di Singapura.

Saya bermula dengan program-program peringkat daerah, universiti dan kemudian baru saya cuba ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kemuncak program antarabangsa yang saya gerakkan adalah misi kemanusiaan ke Rangpur, Bangladesh bersama IRM (Islamic Relief Malaysia). Kemudian saya teruskan dengan penyertaan dalam misi kemanusiaan ke Kemboja bersama UCCE-BUDI.

Wartawan: Bagaimana pula dengan keterlibatan program di luar universiti?

Kalau di luar universiti, semasa belajar, kadang-kadang saya terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk aktiviti dakwah kepada bukan Islam dan juga Friendly Comparative Religion (FCR) bawah IIS.

Wartawan: Pada pendapat anda, kenapa anda dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2016?

Anugerah Tokoh Siswa ini sebenarnya adalah kali keempat diadakan. Ada beberapa peringkat yang perlu dilalui dengan ujian-ujiannya sebelum disenarai pendek. Tahun ini, ada 15 kategori dan tiga orang akan disenarai pendek daripada setiap kategori.

Permulaannya, peserta perlu menghantar borang dengan mengemukakan dua program yang pernah disertai dengan dokumennya. Untuk saya, universiti sendiri telah memanggil saya untuk mengisi borang dan memilih saya untuk dicalonkan.

Selepas itu, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menilai nama-nama yang dicalonkan untuk disenarai pendek dan kemudian akan dipanggil untuk sesi temu duga. Jadi, 45 orang tersebut akan ditemu duga selama dua hari di KPT. Temu duga dilakukan secara individu dan berkumpulan yang melibatkan isu-isu semasa, role-playing dan pelbagai lagi.

Daripada keseluruhan kategori tersebut, hanya lima orang sahaja akan disenarai pendek sekali lagi untuk Anugerah Tokoh Siswa dan keputusan untuk anugerah tersebut hanya akan diumumkan pada malam anugerah diberikan.

Jadi, saya dipilih berdasarkan ujian-ujian tersebut. Apakah yang melayakkan?

Pastinya panel-panel lebih tahu jawapannya. Pada hemah saya, dalam aspek program, markah juga tinggi kerana kedua-duanya ada impak yang besar, program antarabangsa dan digerakkan sendiri oleh pelajar contohnya program ke Bangladesh, saya merupakan Pengarah Program.

Kedua, dalam aspek individu, kalau ikutkan komen daripada penemu duga iaitu Dato’ Adnan dan Dr. Sopian, kata mereka, ‘very convincing’ dan ‘ada potensi yang besar’.

Yang penting dalam ujian interviu adalah general knowledge yang tinggi, critical thinking, kebolehan berhujah, teamwork, right attitude dan impression management.

Wartawan: Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda membahagikan masa? Kerana banyak mahasiswa yang mengadu bahawa mereka tidak punya masa untuk melakukan hal-hal lain, lantas hanya fokus kepada belajar semata-mata.

Saya faham dan percaya semua orang diberikan masa 24 jam. Yang paling pentingnya adalah bagaimana menguruskan masa tersebut.

Pertama sekali adalah kenali diri sendiri, tahu personaliti, kemampuan, kekuatan dan kelemahan. Saya seorang yang tidak boleh duduk diam. Saya perlu penuhkan jadual saya kerana kalau tidak saya rasa diri saya tidak produktif. Saya kalau nak capai sesuatu, saya perlukan pressure. Kalau tidak, susah untuk saya.

Contohnya, dalam saya menyertai sesuatu aktiviti, di samping khidmat yang mahu ditawarkan, pada masa yang sama ia juga motivasi untuk saya tidak bazirkan masa kerana saya tahu banyak benda yang perlu saya lakukan. Jadi, kalau saya ada banyak tanggungjawab, saya perlu habiskan semuanya dan tidak ada alasan untuk bertangguh.

Yang kedua adalah sebab. Kenapa kita nak berjaya? Kenapa kita perlu capai apa yang kita nak capai?

Bagi saya, sebab adalah yang menggerakkan saya. Secara peribadi, saya tahu tanggungjawab saya sebagai khalifah, orang yang memakmurkan bumi. Saya mencari cara terbaik untuk saya memberi kebaikan kepada orang lain.

Sebagai orang Islam, kita tahu kepada wujudnya hari akhirat atau hari pembalasan. Perkara ini yang menggerakkan saya. Tanggungjawab untuk buat terbaik di muka bumi ini yang menjadi motivasi saya.

Secara praktikal, saya seorang yang mempunyai planner sebab saya tak boleh buat secara random saja. Masa zaman belajar dulu, hampir setiap malam saya akan pastikan apa saya nak buat esok sebab kalau tak, akan tertangguh.

Dan planner saya adalah dalam bertulis bukan dalam telefon sebab kalau guna telefon akan ada banyak gangguan daripada media sosial dan sebagainya.

Wartawan: Kenapa memilih cabang aktivisme?

Pada pandangan dan definisi saya, aktivisme ini mempunyai maksud yang luas, bukan saja kepada kemanusiaan dan kepimpinan. Walau bagaimanapun, saya rasa fokus bidang saya adalah kepada kedua-dua bidang ini.

Ada orang minat berniaga, ada orang minat menghadiri wacana intelek dan sebagainya. Kalau hanya berbincang saja tanpa ada tindakan, saya bukan begitu. Saya tetap melibatkan diri dalam diskusi tetapi saya tak boleh duduk diam selepas itu.

Jadi, saya cuma fokuskan kepada kecenderungan saya iaitu kemanusiaan dan kepimpinan.

Wartawan: Adakah dakwah dan tarbiah antara salah satu penyumbang yang membuatkan anda melibatkan diri dengan aktivisme?

Ya, ia memang penyumbang yang besar kepada diri saya. Seperti yang saya katakan tadi, ia memberikan saya sebab kenapa saya perlu aktif. Kalau tidak, saya tidak faham kenapa saya perlu sibukkan diri dengan kemanusiaan atau aktiviti menyedarkan masyarakat.

Saya sedar saya perlu bergerak ke arah sesuatu. Tarbiah mengajar saya menjadi seorang yang berguna, holistik dan ada tujuan dalam hidup.

Wartawan: Sejak bila diperkenalkan dengan dakwah dan tarbiah?

Semasa belajar di Centre of Foundation Studies (CFS) UIAM pada tahun 2011.

Wartawan: Sekarang anda sudah pun bergraduasi. Apa perancangan selepas ini?

Saya belum ada kata putus sebenarnya. Sebelum ini saya fikir untuk bekerja dulu sebab saya nak pastikan sebelum saya menyambung Masters, saya tahu apa nak dibuat dengan Masters tersebut. Tetapi baru-baru ini ada kejutan daripada pihak KPT iaitu mereka memberikan saya biasiswa untuk menyambung pelajaran atas pemilihan anugerah tersebut. Saya masih memikirkan untuk ke bidang mana selepas ini.

Wartawan: Adakah sekarang anda masih melibatkan diri dengan aktivisme?

Sebelum ini saya juga banyak terlibat dengan program IKRAM Siswa. Sekarang ini, saya terlibat sebagai ahli dalam Psikospiritual IKRAM (PSI), dan bersama Global UNITY Network, dalam proses menjadi protege Bro Shah Kirit bagi berkongsi ilmu dalam kursus-kursus Fundamentals and Basics of Interfaith.

Saya juga merupakan Setiausaha ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Malaysia. Baru-baru ini, kami adakan satu Regional Meeting dan saya sebagai pengarah program. AYLF bertujuan untuk menemukan pemimpin-pemimpin serantau Asia, membincangkan isu-isu di negara terlibat dan membawa kebaikan ke negara masing-masing.

Wartawan: Apa nasihat anda kepada mahasiswa lain yang lain?

Waktu muda ini sebenarnya kita sedang memilih untuk mencorak masa depan. Zaman mahasiswa adalah waktu yang terbaik untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk apa saja yang kita mampu lakukan. Kalau hanya sekadar belajar saja, saya rasa rugi kalau nak dibandingkan dengan peluang yang ada.

Kita boleh gilapkan bakat walau apa jua bidang sekalipun. Contohnya, kalau minat dengan bisnes, itulah waktu yang baik untuk belajar. Kalau ada kesilapan pun, sekurang-kurangnya itu kesilapan yang dilakukan waktu belajar, bukan waktu ada komitmen keluarga dan sebagainya.

Jangan bazirkan masa zaman mahasiswa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia