Berlangsung selama satu hari, konvesyen anjuran Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM) IKRAM ini diadakan dengan kerjasama tiga daerah tersebut bertujuan bagi mengenal serta mencungkil potensi diri ahli terhadap bidang-bidang kerjaya yang strategik.
Majlis dimulakan dengan ucaptama oleh Pengerusi JKPSM, Haji Mahdzir Md Isa (gambar kanan) dan turut diadakan taklimat 3S (Syarah, Susun & Sedia) oleh Haji Nazri Md Noor yang menekankan kepentingan bidang-bidang strategik dalam situasi semasa dalam merealisasikan rancangan IKRAM.
Antara acara yang diadakan ialah forum “Menerokai Bidang-bidang Strategik Ke Arah Merealisasikan Rancangan IKRAM Menuju negara Rahmah” yang menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Ulama Ustaz Haji Burhanuddin Lukman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Dr Haji Ahmad Zainuddin Abdullah, Pengarah Negara Islamic Relief Malaysia (IRM) Ir. Zairul Shahfudin Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Belia Muhammad Fikri Ahmad manakala Nurul Izzah Zainol bertindak selaku moderator.
Taklimat 3S, forum dan sesi selari mengikut bidang
Pada sebelah petang, diadakan Parallel Sessions (Bean Bag Concept) di mana peserta boleh memilih untuk berada di bilik-bilik yang disediakan berdasarkan kerjaya strategik dengan setiap bilik menempatkan coach atau mentor, booth agensi/institusi IKRAM serta koordinator bilik mewakili bidang yang diketengahkan.
Antara agensi dan institusi IKRAM yang hadir adalah Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Finance Interest Group (FIG), MUSLEH, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre, i-Bantu, IKRAM Siswa dan Jawatankuasa Belia Remaja (JKBR).