50 NGO bantah cukai rokok elektronik, vape

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 50 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan profesional kesihatan dan perubatan serta masyarakat sivil berasaskan komuniti kecewa dan membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan membenarkan penjualan rokok elektronik dan vape bernikotin di negara ini.

 

“Pengenaan duti eksais cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin ini secara tidak langsung memberi signal jelas kepada rakyat bahawa kerajaan telah membenarkan produk ini untuk dijual di pasaran terbuka di Malaysia,” jelas mereka dalam satu kenyataan bersama. 

 

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Pembentangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk mengenakan duti eksais terhadap produk cecair rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin.

 

Dalam kenyataan itu, NGO-NGO tersebut menyatakan tiga sebab mengapa mereka kecewa dan membantah cadangan tersebut.

 

“Kerajaan memutuskan untuk membenarkan penjualan satu lagi produk ketagihan baru yang telah terbukti merbahaya untuk kesihatan fizikal dan mental rakyat.”

 

Selain itu, keputusan ini bertentangan dengan Kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah dikeluarkan pada tahun 2020 dengan amaran bahawa rokok elektronik terbukti secara saintifik memberi kesan kepada penggunanya.

 

“Apa yang menyedihkan, negara-negara ASEAN telah membuat pengharaman terus tetapi Malaysia menerajui pengeluaran, penjualan dan pengedaran di rantau Asia pula. Sungguh memalukan kerana ia merupakan produk berisiko tinggi kepada kesihatan.”

 

Tambah mereka lagi dalam kenyataan tersebut, keputusan yang dibuat kerajaan ini juga tidak selaras dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2015 yang telah memutuskan bahawa rokok elektronik, termasuk vape adalah haram.

 

“Kami juga mezahirkan rasa kerisauan yang sangat tinggi terhadap keberkesanan penguatkuasaan yang akan dijalankan nanti melalui bentuk kawalan yang diperkenalkan kerana umum mengetahui bahawa negara sentiasa menghadapi masalah integriti, rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak yang terlibat sepertimana yang berlaku dalam masalah rokok tidak sah.”

 

Justeru, NGO-NGO tersebut menggesa kesemua 220 Ahli Parlimen mendesak Menteri Kewangan mempertimbangkan semula cadangan yang telah dibentangkan itu terutama ketika negara masih sedang menghadapi pandemik Covid-19 yang belum reda ini.

 

“Kajian telah membuktikan bahawa mereka yang menghisap rokok atau rokok elektronik akan berdepan dengan risiko komplikasi yang teruk jika dijangkiti Covid-19.”

 

Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan peranan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam perkara ini.

 

“Bukankah YB baru sahaja melaungkan slogan-slogan agar rakyat mengamalkan gaya hidup sihat ketika negara sedang memasuki endemik ini?”

 

“Bukankah pihak KKM pula perlu memastikan Keluarga Malaysia yang disayangi ini bebas daripada sebarang risiko atau komorbiditi yang bakal menambah beban kos perawatan?” soal mereka.

 

Dalam kenyataan bersama itu juga, mereka turut membantah sekeras-kerasnya agenda ‘Harm Reduction’ yang dibawa oleh sesetengah pihak.

 

“Istilah Harm Reduction tidak sepatutnya diterima kerana semua produk tembakau tidak kira sama ada ia dibakar atau dipanaskan tetap mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.”

 

“Kerajaan usah tertipu dengan menjadi tunggangan syarikat gergasi tembakau yang ingin memperdayakan masa depan generasi Keluarga Malaysia yang tercinta ini.”

 

NGO-NGO tersebut juga berikrar untuk tidak membenarkan perkara ini berlaku di hadapan mata mereka demi mempertahankan kepentingan, keselamatan dan kesihatan generasi masa hadapan daripada terus terjerumus dengan masalah ketagihan nikotin dan tabiat merokok.

 

Antara 50 NGO yang bersama dalam kenyataan tersebut ialah Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Medical Mythbusters Malaysia (M3), Malaysian Women’s Action for Tobacco Control and Health (MyWATCH), Asthma Malaysia, National Cancer Society of Malaysia (NCSM), Malaysian Association of Adolescent Health (MAAH) dan Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA).

 

Selain itu, ia turut disertai Malaysian Pharmacists Society, Malaysian Association of Environmental Health (MAEH), Malaysia Laryngectomee Association (MLA), Consumers Association of Penang (CAP), Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN), Malaysia Health Economics Association, Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) dan Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia