Senaraikan Covid-19 dalam penyakit berjangkit – Cuepacs

SERI KEMBANGAN – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan diminta mempertimbangkan untuk menyenaraikan Covid-19 sebagai penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan.

 

“Ia bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak tersebut menggunakan kemudahan cuti kuarantin bagi menguruskan anak mereka.”

 

Beliau berkata, selain itu ia membolehkan ibu bapa khususnya yang menjadi kontak rapat tanpa gejala dan telah menerima dos penggalak mendapat kemudahan lima hari cuti kuarantin tersebut.

 

“Ini kerana, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), individu dalam kategori itu tidak perlu menjalani kuarantin manakala berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016, kemudahan cuti kuarantin ini hanya diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit antaranya penyakit tangan, kaki dan mulut; demam denggi; cacar air (chicken pox) dan malaria, tidak termasuk Covid-19,” jelas Adnan.

 

Dalam pada itu, mereka tidak boleh menghantar anak kepada pengasuh, dan ini menjadi kesukaran untuk menguruskan anak-anak mereka.

 

“Jadi, Cuepacs minta agar cuti kuarantin ini diberikan kepada salah seorang, sama ada ibu atau bapa untuk jaga anak mereka sehingga sihat sepenuhnya.”

 

Menurutnya, jika tidak diberikan cuti kuarantin ini, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan boleh mempertimbangkan untuk memberi kemudahan bekerja dari rumah dan kembali bertugas lima hari kemudiannya.

 

“Cuepacs mengambil maklum kepentingan penjawat awam untuk terus berada di lapangan atau pejabat kerana situasi ketika ini menuntut mereka sebagai pelaksana untuk bertugas bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” ujarnya.

 

Justeru katanya, ketua-ketua perkhidmatan perlu bijak mengurus dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan agar tidak terjejas oleh kerana jangkitan masih berlaku tetapi dalam masa yang sama sistem penyampaian tidak boleh terhenti begitu sahaja.

 

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor meminta kerajaan ketika mengumumkan sesuatu, SOP perlu lebih jelas bagi memastikan majikan tidak mengambil kesempatan atas permasalahan berkaitan Covid-19 yang menimpa pekerja mereka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia