Lebih 210 juta kes, 4.4 juta kematian global

SERI KEMBANGAN – Data Covid-19 terbaharu oleh Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat negara paling terjejas dengan 37.6 juta kes, diikuti India dengan lebih 32.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.5 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki. Seterusnya, Argentina melebihi 5 juta kes manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 211.7 juta dengan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi dengan melebihi 3.9 juta kes, diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.8 juta dan Malaysia dengan 1.55 juta kes.

Jumlah kematian global akibat Covid-19 pula mencatatkan angka melebihi 4.44 juta kes keseluruhan.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 628,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 574,000 kes, India lebih 434,000 kes dan Mexico lebih 252,000 kes.

Dalam pada itu, United Kingdom kini mencatatkan lebih 131,000 kematian sementara Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Manakala bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 126,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 31,000 diikuti Malaysia iaitu 14,168.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia