COVID-19: Palestin semakin derita

“Peningkatan kes secara mendadak di Gaza dan Tebing Barat wajar mendapat perhatian kita semua kerana penjajahan dan sekatan Israel ke atas dua wilayah ini telah menyebabkan hospital tidak mempunyai kapasiti yang cukup untuk merawat pesakit dengan baik, apalagi berdepan dengan pandemik COVID-19,” jelas beliau.

 

Tambahnya dalam sidang media Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) semalam, keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan Israel merobohkan pusat kuarantin yang dibina di Hebron (al-Khalil), wilayah di Tebing Barat dengan kes tertinggi (14,346), lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia (9,583), atas alasan tidak memiliki permit.

 

Beliau menegaskan, tindakan ini jelas bertentangan dengan Artikel 56 Konvensyen Geneva Keempat yang meletakkan tanggungjawab kepada ‘Occupying Powers’ (penguasa yang menduduki/menjajah) untuk memenuhi keperluan kesihatan dan perubatan penduduk yang ia kuasai.

 

“Saya dan Liga Parlimen al-Quds (League of Parliamentarian for al-Quds) akan terus berusaha memberikan tekanan agar Israel mematuhi undang-undang antarabangsa. Kami juga akan terus mendesak agar pihak antarabangsa mengenakan hukuman ke atas Israel sekiranya gagal berbuat demikian.”

 

Syed Ibrahim turut menyokong sepenuhnya inisiatif MyCARE yang melancarkan Tabung Kecemasan COVID-19 Palestin dan menyifatkan ia adalah usaha murni yang wajar mendapat sokongan dan dokongan semua pihak.

 

“Besar harapan saya agar inisiatif MyCARE ini akan mendapat sokongan dan dokongan seluruh rakyat Malaysia agar tanggungjawab yang besar ini dapat kita pikul bersama.”

 

Dalam pada itu, MyCARE telah melancarkan Tabung COVID-19 Palestin sejak 25 ogos lalu dengan sasaran sumbangan RM250,000 yang mana jumlah kuitpan hingga kini kira-kira RM50,000.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui Humanitarian Care Malaysia melalui akaun CIMB 8602135592 atau dengan melayari https://mycare.qrd.by/palestincovid.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia