Contohi Saidina Abu Bakar As-Siddiq – IKRAM Selangor

IKRAM Selangor ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Selangor Ke-15 yang baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, YAB Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Bin Ali yang telah diberi perkenan oleh D.Y.M.M Baginda Sultan Selangor berkuat kuasa hari ini dalam Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang, pagi ini.

IKRAM Selangor berharap seluruh Anggota DUN Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan bersama-sama memberi kerjasama yang terbaik kepada Menteri Besar yang baru dan berganding bahu dalam menjayakan agenda negeri dalam memaju, memakmur dan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira kaum, ras mahupun agama.

IKRAM Selangor ingin berkongsi ucapan yang terkenal yang pernah diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika dilantik sebagai Khalifah yang pertama pada tahun kesebelas Hijrah;

“Aku diangkat menjadi pemimpin kalian tapi bukan bererti aku yang paling baik dari kalian. Sekiranya aku melakukan kebaikan maka kalian harus menolongnya dan sekiranya aku berbuat salah maka kalian wajib meluruskan dan mengingatkan. Kejujuran adalah amanah dan berdusta adalah khianat dan pengingkaran terhadap yang benar. Orang-orang yang lemah di antara kalian, bagiku adalah orang kuat hingga aku memberikan haknya. Dan orang-orang yang kuat di antara kalian, bagiku adalah lemah hingga aku ambil hak-hak itu darinya.”

Semoga dengan perlantikan Menteri Besar yang baru ini akan menamatkan segala kemelut politik yang telah melanda negeri ini dan semoga masa-masa mendatang adalah hari-hari yang terbaik bagi rakyat negeri ini.

IKRAM Selangor sangat berbesar hati untuk memberi sumbangan khidmat bakti kepada negeri bertuah ini khasnya bersama-sama Menteri Besar yang baru bagi menjayakan agenda memakmur dan mengislah sehingga seluruh rakyat merasai nikmat keadilan dan rahmah.

IKRAM Selangor mendoakan agar kepimpinan negeri yang baru ini akan terus memberi perhatian yang tinggi dalam memelihara kepentingan agama Islam, memelihara kemajuan dakwahnya serta menjauhkan negeri ini dari segala elemen perpecahan dan maksiat yang dimurkai Allah. Kami juga berdoa agar negeri ini akan terus dilimpahi rahmat, kemakmuran ekonomi dan kebaikan dari Allah SWT.

Yang benar,

HJ SHAMSUL MA’ARIF BIN HJ ISMAIL

YANG DIPERTUA IKRAM NEGERI SELANGOR

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia