‘Cintai Alam, Cintai Allah’ hayati keindahan flora dan fauna

Program ini mempunyai objektif untuk melihat dan mengambil pengajaran daripada nikmat yang Allah berikan kepada manusia melalui penciptaan kehijauan alam, flora dan fauna di samping memikirkan kesan jika nikmat Allah ditarik balik serta menanamkan nilai bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan.

Para peserta berusia antara 5-12 tahun yang bersama dalam pengembaraan ini turut disertai oleh lapan orang ibu bapa serta 14 orang fasilitator dan urusetia. Empat orang fasilitator dari FRIM turut bersama sebagai pemandu pelancong, meneroka khazanah alam bersama anak-anak IKRAM Junior.

Program dimulakan dengan berkumpul, sarapan pagi dan mendaftar di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur dan sebanyak dua buah bas bertolak ke FRIM membawa para peserta.

Di FRIM, rombongan IKRAM Junior disambut oleh para fasilitator dan pemandu pelancong untuk memulakan eksplorasi “Nature Walk”, melalui Kolam Ikan yang menempatkan ikan gergasi seberat 200 kilogram, diikuti dengan eksplorasi ke dalam Muzium FRIM yang menunjukkan pelbagai khazanah, seterusnya meneroka alam melalui denai “Keruing Trail”.


Selesai “Nature Walk”, para peserta berhenti di surau dan berehat serta menunaikan Solat Dhuha, diikuti dengan sesi interaksi dan maklumbalas, nasyid tema program serta makan tengahari. Para peserta IKRAM Junior bertolak pulang pada jam 12.45 tengahari.

Semoga program ini mencapai objektif serta mengisi waktu anak-anak pada musim cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat dan gembira, insya-Allah.

Foto: http://on.fb.me/1GFHXVL

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia