Cerai di Media Sosial: Lapor Kepada Jabatan Agama

Cerai di Media Sosial: Lapor Kepada Jabatan Agama | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, netizen diminta melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya mengesan sebarang perbuatan yang menyalahi perundangan agama Islam, khususnya yang disiarkan di media sosial.

“Keghairahan umat Islam menggunakan saluran media sosial sehingga melafazkan cerai secara siaran langsung menerusi Facebook dan seumpamanya perlu dibendung bagi mengelak timbulnya keraguan.”

Beliau berkata, kemungkinan ia berlaku disebabkan kejahilan individu terlibat dan perkara itu boleh dilapor kepada JAIN masing-masing untuk siasatan dan tindakan.

“Sekiranya terdapat kes-kes seperti ini, netizen sebenarnya boleh melaporkan dan jangan tunggu pihak penguat kuasa agama bertindak. Kadang-kadang hanya terdapat seorang kadi di daerah menyebabkan ia terlepas pandang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, laporkan supaya pejabat agama boleh ambil tindakan.

“Kita bimbang perkara seumpama seterusnya menyebabkan berlaku perkara yang tidak elok.”

Dalam pada itu, sewajarnya perkara yang menimbulkan keraguan dilaporkan agar pihak berkuasa agama negeri dapat meneliti isu dan memanggil pihak yang terlibat.

“Sekiranya kita tahu kejadian berlaku di mana, boleh lapor terus kepada JAIN, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya tumpu kepada apa yang disiarkan dalam media sosial,” katanya.

Menurut Idris, sebagai contoh kes yang berlaku di Perak, perlu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk diambil tindakan.

“Benda-benda yang mengelirukan kita akan minta supaya buat penyelidikan kes, seperti kes melibatkan tenaga pengajar luar yang disiarkan dalam YouTube, mungkin kita tidak boleh ambil tindakan tetapi melalui SKMM untuk menyekat penyiaran,” ujarnya lagi.

Idris bagaimanapun menyifatkan kejahilan individu dalam soal agama antara punca menyebabkan mereka terdorong melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Mungkin bukan niat mereka untuk mempermainkan isu agama, mungkin kejahilan mereka yang anggap benda seperti itu adalah perkara biasa dan disebabkan itu kita harapkan pihak berkuasa agama panggil individu terlibat bagi mengesahkan status dan sebagainya,” katanya lagi.

Terdahulu, Idris berkata demikian bagi mengulas kes membabitkan pasangan DJ Wong dan DJ Sal yang pernah mencetuskan kontroversi kerana kisah kehilangan dan perceraian mereka kembali bersiaran secara dalam talian di Facebook sejak Ahad lalu.

Pasangan terbabit kembali tinggal bersama sejak Aidilfitri lalu selepas DJ Wong pulang ke rumah mereka dalam keadaan keliru sejurus tiga hari melafazkan cerai melalui rakaman video di Facebook.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia