Isu Khalwat: Peruntukan Kesalahan Jenayah Syariah Sedia Ada Di WP Dan Enakmen-Enakmen Negeri Selari Dengan Hasrat Sistem Perundangan Islam
1. Zina adalah satu kesalahan dan dosa besar dalam sistem perundangan Islam, malah dikeji oleh semua agama-agama utama dunia. Perbuatan zina adalah bercanggah dengan maqasid syariah yang bertujuan untuk menjaga keturunan di samping ianya merosakkan konsep hidup berkeluarga.