CAP persoal ketepatan kit ujian kendiri

SERI KEMBANGAN – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung isu ketepatan keputusan ujian kendiri Covid-19 berikutan berlaku perbezaan antara kaedah ujian air liur dan calitan hidung.

 

“Perkara itu tidak boleh diambil mudah kerana ia akan meningkatkan jumlah jangkitan kerana mereka yang diuji negatif tidak menjalani kuarantin kendiri sedangkan mereka sebenarnya telah dijangkiti wabak berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, ramai pengguna mengadu keputusan antara kaedah ujian air liur dan calitan hidung yang mereka jalani memberi keputusan bercanggah. Calitan hidung menunjukkan positif namun ujian air liur pula negatif.

 

“Apa yang membimbangkan adalah jika keputusan ujian kendiri menunjukkan negatif, maka mereka ini beranggapan bahawa gejala yang mereka hadapi bukan gejala Covid-19 dan mereka tidak menjalani kuarantin diri.”

 

Oleh yang demikian, ia akan menyebabkan wabak tersebut akan terus disebarkan dalam komuniti.

 

“Tindakan kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada orang ramai untuk melakukan ujian kendiri dilihat tidak berkesan,” tegasnya.

 

Menurutnya, tindakan kerajaan ini menyebabkan laporan kendiri yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tidak tepat, seterusnya memberi kesan kepada pengumpulan statistik.

 

“Persoalannya, jika benar kit ujian kendiri itu tidak senstif, mengapa Kementerian Kesihatan meminta masyarakat melakukannya sendiri?” soalnya kepada KKM.

 

Beliau turut mempersoalkan, jika ujian air liur tidak sensitif seperti calitan hidung, mengapa mereka perlu mendapatkan kit ujian air liur jika ia sememangnya tidak memenuhi tujuan sebenar?

 

“CAP juga bimbang terhadap virus baharu yang mungkin dibawa masuk ke negara ini apabila sempadan dibuka nanti.”

 

Tegasnya, jika kit ujian yang dijual di pasaran tidak cukup sensitif untuk mengenal pasti pelancong yang dijangkiti dan menghalang mereka daripada masuk ke negara ini, maka ia akan memburukkan lagi keadaan.

 

“Ini yang kita bimbang dan berharap kerajaan mempunyai solusi lain untuk menanganinya.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia