Cabaran VUCA: Ibu Bapa Penguat Kuasa Adab Anak-anak

Zaman VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity) yang sedang kita alami hari ini memberikan tekanan dan cabaran kepada semua pihak dalam pelbagai peringkat umur.

Zaman yang serba cepat, tidak menentu, kompleks dan tidak mempunyai kepastian ini menuntut perlakuan yang bijaksana dalam segala hal terutamanya dalam membentuk dan mendidik anak-anak agar mereka mampu menghadapi cabaran hidup yang semakin hebat.

Keperluan untuk menjaga adab dan tatasusila telah menjadi semakin kritikal. Adab dan tatasusila bukan sekadar norma-norma masyarakat yang harus dipraktikkan, namun ia membentuk asas dalam membina masyarakat yang stabil, sejahtera dan berdaya tahan.

Dalam konteks ini, ibu bapa harus mengambil langkah yang proaktif bagi melaksanakan langkah penguatkuasaan adab dan akhlak dengan menanam nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, penglibatan ibu bapa dalam rutin seharian keluarga didapati mampu mempengaruhi persekitaran keluarga yang baik.

Walau bagaimanapun, pada zaman VUCA ini terdapat banyak halangan yang menyebabkan ibu bapa tidak dapat turut serta untuk menyertai aktiviti bersama anak-anak. Antaranya atas faktor seperti perceraian, masalah ekonomi keluarga dan lain-lain.

Situasi ini jelas memperlihatkan bahawa ibu bapa yang lalai dalam pengurusan emosi diri mampu memberi impak negatif kepada pengurusan karakter anak-anak.

Adab dan tatasusila amat berkait rapat dengan kebolehan mengurus emosi. Zaman VUCA sering kali membawa tekanan dan keadaan yang mencabar emosi. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk mengenali dan menguruskan emosi mereka dengan baik.

Amalan tatasusila yang baik dapat mengelakkan anak-anak daripada terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Mereka juga akan belajar untuk menjadi individu yang sabar dan tabah dalam menghadapi ketidakpastian.

Emosi adalah suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologi dan biologi serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Individu yang mempunyai kecerdasan emosi mampu mengawal kelakuannya dengan baik walau di mana juga dia berada.

Dalam perspektif Islam, ibu bapa adalah salah satu contoh ikutan terbaik untuk anak-anak. Mereka bertanggungjawab untuk mempamerkan akhlak terbaik agar dapat memberikan kesan yang positif kepada anak-anak.

Keupayaan ibu bapa dalam menguruskan emosi dan akhlak dengan baik sangat penting bagi membentuk persekitaran dan suasana rumah yang seterusnya menjurus kepada pembentukan tingkah laku dan keperibadian anak-anak.

Cara ibu bapa berinteraksi dan berkomunikasi akan dimimik atau diikuti oleh anak-anak. Ahli psikologi Barat, Neil Miller dan John Dollard telah menyatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang. Oleh itu, jika ibu bapa mempamerkan contoh terbaik, maka anak-anak pasti akan melakukan perkara yang serupa.

Ibu bapa amat dituntut untuk menekankan kepada anak-anak pentingnya menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui kesilapan atas kesalahan yang dilakukan. Janganlah disebabkan tajuk lagu “It’s Hard to Say I’m Sorry”, kita juga berat mulut untuk meminta maaf, sedangkan permohonan maaf amat dituntut dalam agama.

Antara aspek penting yang perlu disuburkan dalam jiwa generasi kini adalah penghargaan terhadap orang lain. Nilai budi ini adalah sangat berharga kerana ia dapat membangunkan perasaan hormat, rendah diri dan kasih sayang dalam diri sendiri.
Anak-anak muda harus belajar untuk menghormati pendapat dan perasaan orang lain walaupun berbeza pendapat dengan mereka.

Ketandusan nilai penghargaan kepada orang lain telah menyebabkan ramai individu kini menghadapi gangguan keperibadian narsisistik atau narcissistic personality disorder (NPD). NPD ini dapat dikategorikan sebagai gangguan mental yang membuatkan seseorang berasa dirinya lebih penting berbanding dengan orang lain.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi tumpuan kepada nilai integriti dan kejujuran. Dalam dunia yang penuh dengan informasi yang bercampur aduk, anak-anak perlu memahami betapa pentingnya integriti dalam membina kepercayaan dan reputasi.

Ibu bapa sebagai penguat kuasa adab dan tatasusila perlu memberikan contoh melalui tingkah laku dan nilai-nilai yang diterapkan dalam kehidupan seharian.

Pentingnya adab dan tatasusila pada zaman VUCA tidak hanya terhad kepada perkara-perkara peribadi, tetapi juga merangkumi penggunaan teknologi. Ibu bapa harus memastikan bahawa anak-anak memahami etika digital dan bertanggungjawab dalam menggunakan platform sosial.

Menyedari impak sosial media dan teknologi dalam kehidupan harian, ibu bapa dapat membimbing anak-anak mereka untuk menggunakan teknologi secara bijaksana dan mengelakkan penyalahgunaannya.

Tuntasnya, ibu bapa selaku penguat kuasa utama adab dan tatasusila memainkan peranan utama dalam membentuk personaliti anak-anak agar dapat menghadapi cabaran zaman VUCA.

Memahami kepentingan penghargaan terhadap orang lain, kemahiran mengurus emosi, nilai integriti, etika digital dan kemahiran berfikir kritis dan kreatif adalah asas yang kukuh bagi anak-anak untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompleks ini.

Dengan pendedahan yang betul dan bimbingan yang tepat, ibu bapa dapat membantu mencorak generasi yang tidak hanya cerdik dan cekap, tetapi juga beretika dan berkebolehan serta beradab.

Nurul Nisha Mohd Shah (UiTM Cawangan Negeri Sembilan)
Mohd Radzman Basinon

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia