Buli: Mainkan peranan yang lebih harmoni

Beliau menambah, kita sepatutnya memainkan peranan yang lebih harmoni dan berteraskan dialog sesuai dengan masyarakat yang madani.

Malah, beliau menasihatkan kepada masyarakat Islam supaya mengambil tanggungjawab ini dengan melakukan kebaikan.

“Kepada Muslim, maka perlu memainkan peranan rahmah kepada semua; termasuk sabar, adil dan sebagainya.”

Respons beliau ini berikutan kejadian buli yang semakin kerap berlaku semenjak beberapa minggu ini hingga telah mengakibatkan kematian antaranya kejadian yang menimpa Zulfarhan Osman, Pegawai Kadet Laut yang ditemui mati pada 1 Jun lalu.

Beliau dipercayai telah didera oleh rakan dengan seterika wap kerana didakwa mencuri komputer riba. Walau bagaimanapun, sehingga kini ia masih dalam siasatan pihak polis dan 36 individu telah ditahan.

“Peranan kita semua untuk membanteras budaya buli ini; pihak bertanggungjawab di universiti, tenaga pengajar, rakan mahasiswa dan semua yang terbabit.

“Jika kita senyap dan membiarkan barah ini melarat, maka sukar untuk dibendung termasuk kepada kita, keluarga dan sahabat yang kita hargai,” tambah Shahrul Aman.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia