Bulan Istimewa, Bulan Al-Quran

Bulan Istimewa, Bulan Al-Quran | IKRAM

Bersamalah kita hayati dan telusuri ungkapan Imam Ibnu al-Jauzi rahimahullah ini. Moga dengan kita menyelaminya dan kesempatan yang ada ini, kita dapat manfaatkan Ramadan yang bulan istimewa masih kita lalui.

Demikianlah ungkapan beliau:

فَبَادِرُوا إِخْوَانِي شَهْرَكُمْ بِأَفْعَالِ الْخَيْر

“Bersegeralah wahai saudara-saudaraku mengisi bulan (Ramadan) ini dengan perbuatan-perbuatan kebaikan.

وَأَفْرِدُوهَا عَنِ الْخَطَايَا لِتَكُونَ وَحْدَهَا لاغير

Pisahkanlah perbuatan baik kalian daripada segala bentuk dosa, sehingga hanya ada perbuatan baik tidak ada selainnya.

واعلموا أن شهركم هذا شهر إِنْعَامٌ وَمَيْرٌ

Ketahuilah, bahawa bulan ini adalah bulan yang penuh anugerah dan pahala.

تَعْرِفُ حُرْمَتَهُ الْمَلائِكَةُ وَالْجِنُّ وَالطَّيْرُ

Bulan yang para Malaikat, para jin bahkan burung-burung pun mereka mengetahui kehormatan dan kemuliaannya.

وَاهًا.. لأَوْقَاتِهِ مِنْ زَوَاهِرَ مَا أَشْرَفَهَا

Sungguh mengagumkan.. Betapa mulianya kesempatan-kesempatan bercahaya yang terdapat padanya.

وَلِسَاعَاتِهِ الَّتِي كَالْجَوَاهِرِ مَا أَظْرَفَهَا

Waktu-waktunya seperti permata yang diselubungi dengan kemenangan.

أَشْرَقَتْ لَيَالِيهَا بِصَلاةِ التَّرَاوِيحِ

Malam harinya bercahaya dengan solat tarawih.

وَأَنَارَتْ أَيَّامُهَا بِالصَّلاةِ وَالتَّسْبِيحِ

Siang harinya bersinar dengan solat dan tasbih

حِلْيَتُهَا الإِخْلاصُ وَالصِّدْقُ

Perhiasannya adalah keikhlasan dan kejujuran.

وَثَمَرَتُهَا الْخَلاصُ وَالْعِتْقُ

Hasilnya adalah selamat dan bebas (dari api neraka).”

Sungguh indah bicara perumpamaan yang digambarkan oleh Ibnu al-Jauzi atau nama sebenar beliau Imam al-Hafiz Abdurrahman ibn Abi al-Hasan al-Jauzi (w 597 H) tentang Ramadan.

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

“Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan (permulaan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Surah Al-Baqarah: 185)

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, merupakan mukjizat paling agung yang dimiliki oleh Rasulullah Salallahualaihiwasallam, merupakan pembeza antara kebenaran dan kebatilan.

Begitu banyak keberkatan yang dimiliki al-Quran. Maka sewajarnya kita sebagai seorang Muslim yang beriman, terus bersemangat untuk mempelajari dan mengamalkan segala isi kandungannya.

Antara keberkatan yang terkandung dalam Al-Quran adalah:

1. Ubat bagi penyakit jasmani dan rohani

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

“Dan Kami turunkan al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Israa’: 82)

2. Keutamaan orang yang mempelajari dan mengajarkan al-Quran

Daripada Uthman bin Affan radiallahuanhu bahawa Rasulullah Salallahualaihiwasallam bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik orang antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain).” (HR Bukhari)

3. Sebagai petunjuk

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Surah Al-Israa’: 9)

Sebenarnya begitu banyak keberkatan yang terkandung dalam al-Quran.

Seharusnya pada bulan yang mulia, bulan Ramadan ini, kita tidak melepaskan peluang untuk tadabbur al-Quran, mempelajarinya serta berazam untuk mengamalkannya agar kita turut memperoleh ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, terutamanya apabila dilaksanakan pada waktu malam.

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

“Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan.” (Surah Al-Muzzammil: 6)

 Sumber: Kitab At-Tabshirah, karya Ibnu al-Jauzi. 2/76 (Manhajul Anbiya)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia