Buku tentang Rohingya versi Mandarin dilancarkan

Ketua Wanita KLSCAH dan Federation Chinese Assembly Hall Malaysia (FCAM), Mdm Ng Geok Chee serta Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor telah berkelapangan untuk hadir sebagai tetamu utama majlis pelancaran ini.

“Buku ini diberikan judul ‘Rumah Yang Tidak Dapat Pulang’ menceritakan kisah pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh dalam bahasa Mandarin,” ujar MyCARE

Turut diceritakan keadaan warga Rohingya di Malaysia dan bantuan NGO-NGO terhadap komuniti tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Mdm Ng Geok Ghee mewakili KLSCAH menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,800 kepada pihak MyCARE bagi tujuan membina tangga kecemasan Tahfiz Al-Quran Al-Amin MyCARE yang merupakan sekolah tahfiz bagi komuniti Rohingya.

Selepas pelancaran tersebut, telah diadakan perkongsian oleh Ketua Editor Fo Guang Publication Malaysia, Mr Sim dan Teo Ann Siang daripada MyCARE untuk membincangkan isu Rohingya di Myanmar, Bangladesh dan Malaysia.

Sumber: MyCARE

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia