Buku mengenai impak CEDAW, Syria dilancarkan

“Insya-Allah, buku yang ditulis oleh aktivis Wanita IKRAM, Dr. Roselainy Abdul Rahman ini mampu mempengaruhi dan mengubah undang-undang dan falsafah kehidupan wanita sejagat bukan hanya wanita Islam,” kata Presiden IKRAM, Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku ulasan CEDAW tersebut sempena Perhimpunan Ahli Teras Wanita (PATWA) di Dewan National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) di sini.

“Setiap orang perlu memahami kesan positif dan kesan negatif CEDAW ini.”

Sebelumnya, Dr. Roselainy telah menghadiri beberapa persidangan antarabangsa mengenai CEDAW di New York sejak beberapa tahun yang lalu.

“Apakah kesan positif dan kesan negatifnya serta apakah impaknya dalam kehidupan wanita Islam?” soal beliau kepada peserta PATWA yang hadir.

Dalam pada itu, buku ini adalah hasil usaha Wanita IKRAM memberi penerangan ringkas mengenai CEDAW.

“Di sini, Wanita IKRAM juga berkongsi serta menyatakan pendiriannya terhadap pembangunan wanita di Malaysia.”

Ketika melancarkan buku tersebut, Dr. Parid menyarankan kepada pejuang-pejuang wanita agar mendapatkan buku ini.

“Ia memudahkan mereka menjawab persoalan-persoalan asas dalam isu diskriminasi dan keganasan terhadap wanita.”

CEDAW merupakan satu dokumen perjanjian, peraturan dan undang-undang antarabangsa yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi dan keganasaan terhadap wanita.

Senaskhah buku ini dijual dengan harga RM13.00 sahaja  di mana pembelian untuk 10 buah buku ke atas akan diberikan potongan harga sebanyak 15%.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi Pejabat Wanita IKRAM Cik Nik Khatijah Nik Mud di talian 03-8945 6999 atau 013-784 0942.

Dalam perkembangan berkaitan, turut dilancarkan buku Harapan Untuk Syria.

“Buku ini merupakan siri projek penulisan Rose2Rose untuk memberi kesedaran mengenai isu kemanusiaan di Syria dan perlu dibaca oleh semua insan prihatin yang ingin memahami krisis yang melanda rakyat Syria.”

Buku ini dijual dengan harga RM25 selepas pelancaran. Untuk memiliki buku ini, hubungi pejabat MyCARE, Puan Atiqah Mohd Khuzaini di talian 013-261 3180.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia