Buku ‘Istiqāmah: Jalan Ke Arah-Nya’ dilancarkan

Pelancaran buku biografi, pengalaman dan sejarah perjuangan salah satu gerakan dakwah ini disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, buku ini menceritakan pengalaman bersama keluarga dan ayah bonda penulis, pengalaman belajar dan penglibatan dakwah di Mesir yang kemudiannya disambung di Malaysia, memimpin JIM dan kemudiannya IKRAM.

“Yang ingin mengenali IKRAM dan sejarahnya, boleh baca buku ini yang ditulis oleh yang terlibat secara langsung,” jelasnya.

Bagi penulis sendiri, buku ini mengandungi 11 bab di mana setiap bab membincangkan satu sifat yang boleh menatijahkan istiqamah dalam hayat kita sebagai hamba Allah SWT yang mendambakan cinta dan reda-Nya.

‘Setiap bab mempunyai anekdot ‘Sekelumit Kisah’ (SK), iaitu pengalaman penulis serta para pejuang yang dikenalinya yang berkaitan dengan sifat-sifat ini.”

Sebagai contoh,  jelasnya, SK Bab 3 – Sabar mengandungi latar belakang keluarga penulis, SK Bab 5 – Ukhuwah menceritakan interaksi ahli-ahli Jamaah Misri (JM), iaitu pengasas jamaah dalam kalangan pelajar Malaysia dengan Ikhwan Muslimin Mesir.

Untuk SK Bab 6 – Pengorbanan pula , ia menceritakan pengasasan JM pada tahun 1975 hinggalah penggabungan dengan IRC, pembinaan jamaah bersama, penubuhan Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) pada tahun 1990 dan akhir sekali penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada tahun 2009.

“Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (seorang daripada lapan orang pengasas JM), telah sudi menulis Kata Pengantar buku ini,” ujarnya.

Buku ‘Istiqāmah: Jalan Ke Arah-Nya’ yang mempunyai 328 halaman dengan harga RM30 sebuah boleh didapati daripada penerbitnya, Risalah Harmoni Sdn Bhd di pautan risalahharmoni.com atau terus menghubungi 03-41443363.

Kredit foto: Hj Nahar

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia