Buktikan majoriti Perdana Menteri di Parlimen dengan segera

Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil daripada pelbagai latar belakang mengikuti dengan rapat perkembangan mutakhir politik negara.

 

Penarikan sokongan UMNO kepada Kerajaan PN telah menimbulkan persoalan berkenaan keabsahan kerajaan yang ada sekarang. Insiden ini menimbulkan ketidakstabilan politik dan menjejaskan usaha-usaha untuk menangani krisis kesihatan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing, krisis ekonomi dan krisis sosial yang melanda.

 

Dalam sidang media khas pada Rabu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan dalam usul percaya dalam Sidang Dewan Rakyat pada September ini.

 

Mengambil kira kesan negatif ketidakstabilan politik terhadap usaha-usaha kerajaan untuk menangani krisis-krisis negara, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil berpandangan, Sidang Dewan Rakyat perlu diadakan seberapa segera dan tidak dilengahkan sehingga ke bulan September. Sidang yang segera diperlukan untuk membuktikan majoriti Perdana Menteri di Parlimen.

 

Kelewatan mengadakan Sidang Dewan Rakyat dikhuatiri akan mengheret negara kepada situasi yang lebih meruncing, khususnya yang melibatkan nyawa, kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

 

Kelewatan bersidang juga bakal melahirkan situasi politik yang tidak sihat termasuklah kejadian lompat parti seperti yang biasa berlaku di negara ini. Situasi sebegini hendaklah dielakkan kerana ia mengalihkan perhatian pemimpin negara daripada menangani krisis-krisis yang sedang melanda.

 

Pada masa yang sama, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil menggesa agar semua pihak khususnya pemimpin parti politik serta penjawat awam supaya meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

 

Keutamaan hendaklah diberikan untuk menangani pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat sehingga menjejaskan kesejahteraan institusi keluarga dan menimbulkan pelbagai masalah psikologi dan sosial.

 

Sehubungan itu juga, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil menggesa agar pemimpin-pemimpin politik dan ahli-ahli parlimen merentasi parti politik mengetepikan perbezaan politik dan bersama-sama berganding bahu untuk menangani krisis-krisis yang melanda.

 

Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Pertubuhan Masyarakat Sivil sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan menegaskan kesediaan berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan krisis-krisis yang sedang melanda negara.

 

Disokong bersama oleh:

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
2. Aliran
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Cakne Rakyat Pahang
5. Centre for Independent Journalism (CIJ)
6. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
7. Mahasiswa Amanah Nasional
8. Mahasiswa Roket
9. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
10. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
11. Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
12. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
13. Persatuan Kebajikan Aafiyah Shah Alam
14. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
16. Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)
17. Pertubuhan Al-nur Negeri Kelantan
18. Pertubuhan Impian Wanita Berdaya Selangor
19. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
20. Pertubuhan Pendidik Progresif Kuching
21. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam
22. Projek #BangsaMalaysia
23. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
24. The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
25. Yayasan Atfal Jannah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia