Bukan kalah tapi masih belum menang

Setelah sebulan Ramadan kita sebagai umat Islam lalui, melaksanakan ibadah puasa dan melakukan ibadah lainnya dengan penuh kesyukuran lagi berhati-hati. Maka, 1 Syawal kita raikan dengan kegembiraan kerana telah berjaya menyempurnakan tuntutan sebagai seorang Muslim.

 

Boleh jadi, ini hanya penulisan yang biasa bagi sesetengahnya. Namun, besarlah harapan saya agar ia dapat direnung dengan sesungguhnya agar kita tidak terus lalai lagi alpa dengan ‘sesuatu’ yang telah pergi dan meninggalkan kita.

 

Sebagaimana kata salafussoleh:

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

“Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani dan bukan menjadi hamba Ramadan.”

 

Masih terngiang inti khutbah Aidilfitri di Surau Al Ansar Coral Height di sebelah rumah. Ya, walaupun tidak dapat berjemaah solat sunat Aidilfitri di surau itu, saya sekeluarga dapat juga melaksanakannya di rumah.

 

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan sesungguhnya, namun jangan melampaui batasan yang ditetapkan-Nya.

 

Sebenarnya momentum kesungguhan ibadat pada bulan Ramadan itu hendaklah dilangsungkan dan diterjemahkan terus pada bulan yang lain agar semangat kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah sentiasa berterusan.

 

Seharusnya kita bersama mengawal diri, keluarga dan persekitaran daripada sebarang perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah Subhanahuwataala yang seterusnya mengundang musibah dan bala bencana.

 

Cerita tentang kita masih belum menang!

 

Sedarkah semua, hakikatnya kita masih belum menang jika perkara-perkara baik sepanjang 30 hari yang lalu, tidak dapat kita teruskan hari ini hingga ternoktahnya usia yang dipinjamkan Allah ini.

 

Selalunya kita hanya dengar tanda pagar (#) kita belum menang itu sejak awal-awal Covid-19 melanda negara. Sewajarnya, kita sematkan selalu dalam setiap gerak dan tingkah agar sentiasa berhati-hati bermula hari ini dan hari-hari seterusnya supaya kita sentiasa berwaspada daripada melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya sebagai umat Islam lakukan.

 

Bayangkanlah, selama 30 hari kita mampu mengawal diri daripada segala yang ditegah Allah Subhanahuwataala, tibanya bulan lain yang belum pun sampai sehari, ‘peel’ itu sudah berubah. Nauzubillah.

 

Yang sering kedengaran, alasan bulan Ramadan terbelenggunya syaitan dan kerana terlepas syaitan selepas Ramadan itulah dengan beraninya segelintir umat Islam tanpa rasa bersalah melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama.

 

Ingatan untuk diri sendiri utamanya, bersamalah kita usaha agar tetap terus menjadi hamba-Nya yang lebih baik dan bertahan serta berterusan melakukan kebaikan yang telah kita perjuangkan sepanjang bulan suci Ramadan itu.

 

Marilah sama kita muhasabah, adakah kita telah benar-benar menang dalam ‘ujian’ yang baru saja kita jalani ini?

 

Bagaimana kesabaran yang tinggi sepanjang Ramadan lalu mampu kita bawa hingga ke bulan-bulan yang lain? Jangan kita biarkan segalanya hilang bersama berlalunya bulan Ramadan itu. Seringlah muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran.

 

Kawal dan peliharalah jari-jemari, mulut dan hati kita daripada melakukan perkara yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya serta berusaha tidak menyakiti manusia dengan bahasa-bahasa yang kesat lagi kotor. Teruslah mempamerkan akhlak dan adab yang baik agar kita sentiasa disenangi semua.

 

Teruskan munajat kita untuk Malaysia dan dunia

 

Tidak terkecuali, berusahalah sama-sama membendung wabak yang melanda ini dengan mengikuti SOP yang telah disediakan pihak Kementerian Kesihatan.

 

Teruskan doa-doa kita agar Allah Subhanahuwataala segera mengangkat virus penyakit ini di Malaysia dan dunia, serta kita lebih taat beribadah dan semakin dekat dengan-Nya.

 

Doakan juga tanpa henti, agar Allah hadirkan di negara ini pemimpin yang memimpin sebagaimana kehendak Allah dan Rasul-Nya. Yang pasti, jangan sekali melupakan saudara-saudara kita di PALESTIN dan di negara-negara lain yang diuji dengan peperangan dan musibah.

 

“Ya Allah, hancurkanlah mereka yang zalim dan musuh-musuh agama-Mu. Jauhilah kami daripada kejahatan jin dan manusia. Pimpinlah kami menuju reda dan syurga-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.”

 

Teruslah menjadi hamba-Nya yang taat dalam kebaikan dan ketaatan.

 

Ayuh, bersama kita pelihara kemenangan itu. Dan kita usahakan untuk menang memerangi pandemik ini dengan munajat yang bersungguh-sungguh kepada Allah Subhanahuwataala.

 

Teruskan berbuat kebaikan dan menyebarkannya sehingga ternoktahnya usia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia