Budaya Kesukarelawanan: Manfaat Belia Aktif dalam NGO

Hari Belia Negara disambut pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan serta sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Belia pada hari ini adalah aset penting negara kerana mereka bakal menjadi pemimpin masa depan yang akan menerajui kepimpinan negara. Namun, kemahiran kepimpinan tidak terbentuk dalam sekelip mata.

Ia perlu dipupuk dan diasah dari peringkat awal lagi bagi membentuk pemimpin yang bertanggungjawab, berintegriti dan berkesan pada masa hadapan.

Salah satu cara terbaik untuk membangunkan potensi kepimpinan dalam kalangan belia adalah melalui penglibatan aktif mereka sebagai sukarelawan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penglibatan dalam NGO membuka ruang belia untuk memupuk kemahiran kepimpinan dengan menawarkan persekitaran sebenar yang membolehkan para belia mempraktikkan pelbagai kemahiran kepimpinan seperti pemikiran kreatif, penyelesaian masalah, komunikasi berkesan dan kemahiran berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Pengalaman tersebut jauh lebih bernilai berbanding pembelajaran secara teori semata-mata. Ia turut mendedahkan individu kepada gaya kepimpinan dan ragam manusia yang pelbagai, suatu pengalaman yang diperlukan dalam alam pekerjaan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan memberi impak positif terhadap pembentukan sahsiah individu.

Tragedi kemanusiaan atau bencana alam sekitar seperti perubahan iklim, konflik politik dan kemelesetan ekonomi kebiasaannya menjadi titik tolak yang mencetuskan tindak balas individu dan masyarakat untuk terlibat dalam kesukarelawanan.

Penglibatan dalam aktiviti sebegini mendedahkan individu kepada pengalaman mengurus projek, berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta meningkatkan daya kepimpinan dan kemahiran insaniah mereka.

Para belia akan dibiasakan dengan realiti cabaran yang dihadapi oleh masyarakat, seterusnya memupuk sifat empati, tanggungjawab sosial dan keyakinan diri untuk menyumbang perubahan positif.

Ciri-ciri positif ini amat diperlukan untuk melahirkan pemimpin berkaliber yang menjiwai masyarakat.

Contoh ikonik adalah Nelson Mandela, yang mula terlibat dalam aktiviti membantu pendidikan dan membaiki kemudahan masyarakat miskin sejak beliau masih remaja lagi.

Pengalaman ini membantu membentuk prinsip dan nilai pembelaan terhadap hak asasi manusia dalam diri beliau yang akhirnya menjadikan Mandela sebagai tokoh kemanusiaan.

Pengalaman sukarelawan juga dilihat sebagai nilai tambah yang memberikan kelebihan dalam peluang pekerjaan pada masa hadapan, memandangkan sifat seperti disiplin, dedikasi dan semangat membantu orang lain amat dihargai dalam sesebuah organisasi.

Justeru, penglibatan generasi belia dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan memberi impak positif yang besar dalam membina jati diri dan mempersiapkan mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan.

Masyarakat harus menggalakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan orang muda dengan menjadikannya sebagai trend yang wajar diikuti. Manfaat yang diperoleh bukan sahaja untuk individu itu sendiri, tetapi juga untuk masa depan masyarakat dan negara keseluruhannya.

Impak daripada aktiviti kesukarelawanan melampaui manfaat individu kerana kerja-kerja ‘memberi’ ini menghasilkan kesan berantai apabila dapat menginspirasi orang lain untuk dan memberi memberi semula demi melihat kehidupan yang lebih baik.

Selain pembangunan modal insan, penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan turut memberi impak besar kepada pembangunan komuniti dan negara.

Sumbangan daripada sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara tidak langsung meningkatkan kesejahteraan hidup dalam komuniti tersebut melalui penglibatan aktif ahli masyarakat yang prihatin terhadap isu-isu sosial, ekonomi, alam sekitar dan sebagainya.

Ia turut merapatkan jurang sosial dan mengurangkan gejala sosial negatif, seterusnya membentuk modal sosial yang berkualiti.

Aktiviti-aktiviti sukarelawan ini secara tidak langsung meningkatkan kesejahteraan hidup dalam komuniti tersebut apabila melahirkan ahli masyarakat yang aktif, prihatin dan memberi sumbangan bermakna kepada lingkungan sosial.

Masyarakat tidak sekadar menjadi golongan yang sekadar menunggu orang lain menyelesaikan masalah sekitar tetapi menjadi sebagian daripada penyelesai masalah.

Kesannya, modal sosial yang berkualiti dapat dibentuk, manakala gejala sosial dan jenayah pula dapat dikurangkan. Malah, penglibatan dalam kesukarelawanan juga menggalakkan program penyertaan sosial bagi golongan yang sering terpinggir dalam masyarakat

Masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia memerlukan sumbangan dan usaha padu daripada semua lapisan masyarakat termasuk sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Aktiviti mereka memainkan perancang penting sebagai penggerak perubahan positif dalam memperbaiki kualiti hidup masyarakat dan seterusnya memajukan negara.

Kesimpulannya, penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja membina kemahiran kepimpinan dan sahsiah diri, malah memberi impak positif yang besar kepada pembangunan komuniti dan negara.

Melalui laluan sukarelawan, pemimpin belia yang berkualiti dapat dilahirkan untuk menerajui masyarakat yang saling membantu dan negara yang maju, makmur lagi dihormati di persada antarabangsa.

Justeru, amat penting untuk menggalakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda sebagai langkah untuk membangunkan modal insan negara, memperkasakan komuniti setempat dan menyumbang kepada kemajuan negara secara keseluruhan.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia