KUALA LUMPUR – Kempen tajaan Back To School (BTS), yang digerakkan sejak tahun 2017 ini merupakan salah satu inisiatif Hidayah Centre Foundation (HCF).
Ia bertujuan membantu anak-anak mualaf santunan Hidayah Centre Foundation (HCF) bagi memulakan sesi persekolahan Mac tahun ini.
“Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM60,000 untuk diagihkan kepada kira-kira 200 orang penerima di semua cawangan HCF seluruh Malaysia,” kata NGO mualaf tersebut.
Tambahnya lagi, sehingga 15 Februari 2022, kutipan terkini adalah sebanyak RM24,489. Terdapat dua pakej bantuan BTS iaitu pelajar sekolah rendah (RM150) dan pelajar sekolah menengah (RM200).
“Pakej tersebut mengandungi kelengkapan persekolahan, termasuk bantuan data Internet dan peranti untuk pelajar.”
Tentunya tiada yang tidak gembira melihat anaknya dapat belajar dengan keperluan alatan pelajaran yang cukup.
Sumbangan untuk BTS boleh disalurkan melalui pautan https://bit.ly/BTSHCF atau ke mana-mana akaun bank yang berikut:
Nama akaun: The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
Maybank : 5622 0962 4421
Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Bank Rakyat 1104 6100 0356
Rujukan: BTS
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor Hotline Dana HCF https://wa.me/601158845399. Hidayah Centre Foundation mendoakan semoga Allah SWT memberkati para penyumbang budiman sekalian.