Bola sepak ukhuwah: Qiam dan kuliah dulu, baru main

Perlawanan ini salah satu proses menarik minat belia bukan IPT untuk bersama menyertai aktivisme dan dakwah Pemuda IKRAM yang sebahagiannya menjadi pemain bagi kedua-dua pasukan. Perlawanan ini juga sebagai salah satu usaha Pemuda Daerah untuk mempelbagaikan program bagi menarik lebih ramai belia luar untuk memahami dan menyertai IKRAM serta merapatkan ukhuwah di kalangan warga Pemuda IKRAM Daerah itu sendiri.

Program bermula pada malam sebelumnya dengan katibah bersama di Surau Abdul Rahman Auf di Bangi. Kedua-dua pemain pasukan tidur pada malamnya dan bangun untuk qiamullail pada jam 5.00 pagi. Selepas Kuliah Subuh yang menarik oleh Pengerusi Tarbiah IKRAM Hulu Langat Ust Zamri Abdul Rahim, pemain terus bergegas ke Stadium untuk persediaan perlawanan.

Kedua-dua pasukan mengenakan jersi baru yang telah ditaja IKRAM Daerah masing-masing. Pada 30 minit pertama, Pemuda Ampang Jaya mendahului Pemuda Hulu Langat dengan 2-0, sementara pada 30 minit kedua, Hulu Langat mengikat Ampang Jaya dengan seri 2-2 dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Pada 30 minit yang akhir, suasana agak mencemaskan dengan Hulu Langat menyumbat awal dua gol untuk mendahului Ampang Jaya dengan 4-2. Ampang Jaya mula bangkit menunjukkan taringnya 15 minit sebelum tamat perlawanan dengan berjaya menyamakan kedudukan dengan 4-4.

Majlis penutup perlawanan telah dirasmikan oleh Saudara Ridzuan Harun selaku Setiausaha IKRAM Negeri Selangor. Perlawanan ukhuwah selepas ini akan diadakan antara IKRAM Hulu Langat dengan IKRAM Kajang yang melibatkan kategori remaja, pemuda dan senior. IKRAM Ampang Jaya pula dijangka akan bertemu IKRAM Hulu Selangor.

Tahniah kepada pasukan Pemuda IKRAM Ampang Jaya dan Pemuda IKRAM Ampang Jaya yang dipimpin oleh Dr Hezerul Abdul Karim dan Ahmad Yusri Azme (Abu Dzar) yang merintis perlawanan ukhuwah tersebut di samping pemantapan rohani dan perkongsian ilmu kepada para pemain. Teruskan dakwah pemuda!

Dua sedutan perlawanan di Youtube:

Sedutan 1: http://www.youtube.com/watch?v=6u6RW_jLR3o

Sedutan 2: http://www.youtube.com/watch?v=o5ktoAKmsKc

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia