Bola Sepak Indonesia: Rusuhan Membawa Korban

Bola Sepak Indonesia: Rusuhan Membawa Korban | IKRAM

Dunia bola sepak Indonesia gempar berikutan kekecohan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, selepas tamat perlawanan Arema FC menentang Persebaya Surabaya, pada malam Sabtu lalu.

Keputusan perlawanan menyaksikan Arema FC tewas 2-3 kepada Persebaya Surabaya, dan ia merupakan kekalahan pertama dalam tempoh lebih dua dekad kepada musuh ketatnya.

 

Kekalahan skuad Singo Edan itu mencetuskan kemarahan penyokong Arema FC yang pantas berlari ke bilik persalinan selepas pengadil meniup wisel menandakan tamat perlawanan.

Insiden itu menyebabkan pemain Arema FC dan Persebaya Surabaya tidak berjabat tangan selepas perlawanan tamat.

Cetus Insiden

Berikutan itu, penyokong kedua-dua pasukan menceroboh padang hingga pihak berkuasa terpaksa menyelamatkan pemain bola sepak itu.

Dalam pada itu, penyokong yang turun ke arah padang mengejar pemain dan ada yang membaling objek tumpul sebagai tanda protes.

Kelengkapan perlawanan dan kemudahan dalam padang termasuk kerusi, papan iklan, jaringan gol turut dirosakkan sebagai tanda protes kerana kecewa dengan keputusan tersebut.

Selain itu, kenderaan polis juga turut menjadi sasaran ketidakpuasan hati mereka.

 

Susulan kenyataan rasmi Persebaya Surabaya di Twitter, pasukan itu menjelaskan bahawa semuanya dalam keadaan baik dan pasukan itu telah berehat di Stadium Kanjuruhan sebelum selamat kembali ke tempat masing-masing.

“Pasukan tersebut meninggalkan kawasan stadium dan terus ke tempat berkumpul supaya segera pulang ke Surabaya dan berehat,” katanya menerusi akaun rasmi Persebaya Surabaya.

Sementara itu, pemain Arema FC dilaporkan telah membantu mangsa yang terkorban. Dilaporkan, suasana di dalam Stadium Kanjuruhan kecoh selepas pihak berkuasa didakwa hanya menyelamatkan pemain.

Gas Pemedih Mata

Berdasarkan laporan wartawan Kompas TV, Muhammad Tiawan, penyokong bergegas turun ke padang selepas pergaduhan itu.

Setelah keadaan menjadi tidak terkawal ekoran terlalu ramai penyokong yang memasuki padang, pihak polis menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan penyokong yang membuat rusuhan.

Akibatnya, penyokong sesak nafas dan pengsan sehingga ada yang terkorban. Keadaan di Stadium Kanjuruhan hanya kembali tenang dua jam selepas insiden itu berlaku.

 

Terdahulu, jurucakap polis mengesahkan angka kematian akibat rusuhan penyokong di Stadium Kanjuruhan meningkat kepada 129 orang.

Polis Wilayah Republik Indonesia (Polda) Jawa Timur mengeluarkan data terkini jumlah mangsa kekecohan yang berlaku selepas perlawanan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya.

Berdasarkan data terbaru yang dikeluarkan Polda Jawa Timur, jumlah korban yang tewas dalam tragedi di Stadium Kanjuruhan Sabtu lalu meningkat dari 127 orang menjadi 129 orang.

“Awalnya 127 kini bertambah dua menjadi 129 korban. Ya,” kata Ketua Humas Polda Jawa Timur Kombes Pol Dirmanto sebagaimana yang dilaporkan TribunJatim.com.

Beliau berkata, jumlah mangsa yang maut terdiri daripada penyokong Arema FC dan dua anggota polis yang bertugas iaitu Brigadier Andik dan Brigedier Fajar.

Selain kecewa kerana tewas kepada Bajul Ijo, rekod Arema yang tidak pernah tewas kepada Persebaya di laman sendiri selama 23 tahun juga lebur.

Inilah yang mencetuskan kemarahan penyokong Arema FC dan akhirnya menceroboh masuk padang dan berlakunya rusuhan.

Ketua Polis Wilayah Jawa Timur Inspektor Jeneral Nico Afinta menjelaskan, ketika rusuhan itu berlaku, pegawai keselamatan cuba memujuk penyokong-penyokong itu kembali ke tempat mereka.

Beliau mendedahkan bahawa 34 mangsa kejadian itu meninggal dunia di hospital, manakala selebihnya meninggal dunia di stadium semasa rusuhan itu berlaku.

Mangsa dalam kalangan penyokong Arema FC yang meninggal dunia di hospital, nyawa sebahagian besar mereka tidak dapat diselamatkan kerana sudah berada dalam keadaan semakin kritikal selepas rusuhan yang berlaku.

Mereka mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata dan beberapa penyokong dipijak.

Punca Kematian

Dalam kenyataannya, Nico amat mengesyaki salah satu punca mangsa terjatuh adalah kerana kehabisan oksigen akibat kesesakan.

“Peminat keluar pada satu ketika. Kalau tak silap saya di pintu 10 atau pintu 12. Semasa protes membina (terjadi), berlaku kesesakan, sesak nafas dan kekurangan oksigen.”

Nico berkata, ketika itu pasukan perubatan dibantu pasukan bersama telah berusaha membantu mangsa di stadium dan memindahkan mangsa ke beberapa hospital.

Selain jumlah mangsa yang maut yang mencecah lebih seratus, jumlah mangsa yang masih dalam proses rawatan juga agak ramai.

Menurutnya lagi, ketika ini terdapat 180 mangsa tragedi Stadium Kanjuruhan yang masih dalam proses penyembuhan dan dirawat di hospital.

Berikutan itu, polis dan pihak berkaitan turut mengeluarkan senarai nama mangsa yang maut akibat kejadian itu.

Skuad Arema FC ialah sebuah kelab bola sepak profesional Indonesia yang berpusat di Malang, Jawa Timur dan bersaing dalam Liga 1 Indonesia.

Skuad ini dianggap sebagai kelab bola sepak terbaik dan paling berjaya di Indonesia dengan menggunakan nama samaran Singo Edan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia