Angkat bahasa Melayu jadi bahasa kedua ASEAN

SERI KEMBANGAN – Susulan daripada keputusan kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam acara rasmi di peringkat kebangsaan dan dalam negara, Malaysia akan menyediakan kemudahan jurubahasa dan penterjemah.

 

“Ia akan dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM),” kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

 

Beliau berkata, Malaysia akan mengambil langkah yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi di peringkat antarabangsa.

 

“Begitu juga untuk acara antarabangsa yang dianjurkan di dalam negara, bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa utama.

 

“Untuk tujuan ini, kerajaan akan menyediakan kemudahan jurubahasa dan penterjemah yang akan dikendalikan oleh JPM dan ITBM, agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).”

 

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Isa Ab Hamid yang meminta untuk menyatakan usaha kerajaan dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik luar negara serta hubungan antarabangsa.

 

Menurut Ismail Sabri, pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilaksanakan segera.

 

“KPM akan memulakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.”

 

Terdahulu, Ismail Sabri dalam balasannya berkata akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda itu di peringkat antarabangsa.

 

“Selain Malaysia, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” ujarnya.

 

Justeru, tiada sebab tidak boleh jadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa rasmi ASEAN.

 

“Kita akan selaraskan perkara ini dan saya akan bincang dengan pemimpin negara ASEAN yang memang menggunakan bahasa Melayu supaya mereka bersetuju jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.”

 

Selanjutnya, beliau akan bincang pula dengan pemimpin-pemimpin ASEAN lain yang juga mempunyai penduduk yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di negara mereka.

 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin tahu adakah kerajaan akan bekerjasama dengan pemimpin negara ASEAN untuk menyelaraskan penggunaan bahasa Melayu di peringkat ASEAN.

 

Menurutnya, beliau sendiri telah menggunakan bahasa Melayu semasa lawatan rasminya ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand sebelum ini dan terbaharu semasa lawatan ke Vietnam dua hari lepas

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia