Bingkisan Emas Syawal santuni warga emas

Bertujuan memberikan pengalaman kepada sekretariat dan sukarelawan dalam menganjurkan program dan mengagihkan sumbangan, program ini turut disertai oleh para pelajar Sekolah Menengan Kebangsaan Yaakob Latif, Cheras bagi memenuhi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Rumah jagaan yang terletak di Jalan Pulau Meranti ini didiami oleh 41 orang penghuni warga emas, 16 lelaki dan 25 wanita di mana seramai 30 orang yang terlantar sakit dan selebihnya boleh menguruskan diri sendiri. Majoriti daripada penghuni ini dihantar sendiri oleh waris untuk dijaga oleh beberapa orang kakitangan rumah jagaan ini secara bayaran bulanan.

    

Program ini dimulai dengan memberi pek makan tengahari dan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut oleh sekretariat yang dibantu oleh para pelajar. Usai solat zohor berjamaah bersama warga emas, mereka membuat lukisan mural serta menyediakan minum petang.

Kemudian mereka minum petang bersama-sama warga emas sambil mendengar luahan dan perkongsian dari mereka. Sebelum berangkat pulang, duit raya turut diagihkan kepada warga emas di sini di samping kad raya yang dihasilkan sendiri oleh kanak-kanak daripada Tadika Al-Fateh serta sumbangan barang dapur kepada penghuni rumah ini.

    

Penyerahan plak IKRAM juga turut disampaikan oleh Pengarah Program BES’16, Encik Arif Yusdi kepada Puan Linda selaku Pengurus Rumah Jagaan dan Rawatan Al Ikhlas yang diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.

Semoga program bersama warga emas ini dapat memberikan pengalaman bermakna dan keinsafan kepada para peserta untuk terus menghormati, menyayangi dan menyantuni golongan warga emas di samping memberikan kegembiraan dan harapan buat mereka, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia