Bimbang ASEAN kurang kader muda

Memetik fakta terbaru dari Indonesia, beliau berkata bahawa kelompok terbesar kader kini adalah berusia 40 hingga 50 tahun manakala kelompok paling sedikit berumur 21 hingga 30 tahun.

“Ini adalah suatu ancaman degenerasi dan ia sangat bahaya,” ucapnya.

“Saya juga menyaksikan di negara-negara lain seperti Malaysia dan Thailand yang turut mengalami perkara yang sama,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun, Ustaz Anis yakin ancaman ini bakal berubah dan harapan diletakkan kepada pimpinan belia yang menghadiri ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Regional Meeting 2017 yang telah berlangsung 11-12 Mac lalu.

Dalam nasihatnya kepada anak muda, beliau mengingatkan supaya mereka tidak terus dimanjakan untuk memikul beban kononnya kerana mereka masih muda.

“Kerana kita ini muda, kita selalu dimanjakan dengan anggapan bahawa kita masih tidak dapat menanggung beban yang berat padahal waktu mudalah yang paling sesuai memikul beban berat kerana masih kuat.”

“Apatah lagi masa depan yang akan dihadapi tidak sama seperti generasi yang dihadapi sebelum kita,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, kader-kader yang telah lama berada dalam gerakan dakwah diingatkan untuk memandang serius perkara ini.

“Kita mungkin rasa seolah-olah kita ini masih muda tetapi kita perlu melihat mereka yang muda 20 atau 30 tahun dibawah kita sekarang sudah tidak ada atau berkurang jumlahnya dengan sangat signifikan. Ini adalah ancaman.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia