Bertindak segera, kemanusiaan satu kewajipan

Beliau yang juga Ahli Pemegang Amanah MyCARE membahaskan tentang isu-isu kemanusiaan dan peranan wanita dalam membina keamanan dunia pada persidangan The 4th World Conference On Islamic Thought and Civilization (WCIT 2017) anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 20-21 November lalu.

Ketua Misi WBG, Mary Ann Wright turut digandingkan bersama Dr. Fauziah dalam sesi tersebut, yang berkongsi fakta mengenai konflik di Somalia serta pengalaman beliau sepanjang menjadi Kolonel dan Diplomat Amerika.

Persidangan dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bertitah bahawa keamanan dunia semakin berkurangan berbanding 10 tahun lalu berdasarkan Indeks Keamanan Global 2017 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan.

Baginda menegaskan bahawa sebuah dunia yang benar-benar aman digambarkan oleh dua nilai Islam iaitu amanah dan inklusiviti, yakni, untuk belajar hidup bersama dengan menunjukkan belas ihsan.

Para delegasi persidangan yang disertai peserta dan panelis lebih dari 15 buah negara turut mendapat undangan makan malam oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir di kediaman rasmi beliau di Ipoh.

Turut diundang delegasi MyCARE iaitu Dr. Fauziah, Marry Ann dan juga Pengurus Besar Operasinya, Roha Hassan.

Persidangan WCIT 2017 yang bertemakan ‘Keamanan Global’ itu diakhiri dengan ucapan penutup daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Dr. Zambry.

Semoga persidangan ini akan memberikan manfaat dan keamanan kepada seluruh negara ASEAN khasnya dan dunia umumnya.

Sumber: MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia