Bersihkan Negara Daripada Rasuah, Salah Guna Kuasa – PM Anwar

Bersihkan Negara Daripada Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM Anwar

JAKARTA – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu bebas daripada perbuatan tamak kelompok elit kecil yang menggunakan kuasa untuk kekayaan diri dan kroni.

Beliau tekad untuk membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa walaupun usaha itu akan menggugat kedudukannya.

“Saya tidak akan bertolak ansur sama sekali walaupun ia akan menggugat kedudukan saya.”

Tegasnya, beliau sudah lelah dengan watak-watak yang menjerit perjuangkan Islam tetapi mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas hak yang bukan milik mereka.

“Saya tidak akan buat penyiasatan atau pendakwaan terpilih, tetapi percaya arahan kita kepada semua badan penguatkuasaan adalah untuk tunjukkan kekuatan semangat baharu untuk memastikan dalam tempoh terdekat kita hentikan budaya ini,” katanya.

Dalam pada itu, adalah menjadi hasrat beliau untuk memartabatkan golongan miskin tidak kira bangsa atau agama, selain memperteguh hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera.

“Walaupun kebimbangan utama saat ini adalah terkait pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua, tetapi mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek itu selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa,” jelasnya.

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di kedutaan negara di Jakarta pada Ahad sempena lawatan rasmi ke Indonesia dengan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri kini dalam lawatan rasminya ke Indonesia bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah mempertingkatkan hubungan dua hala..

Hari ini, beliau telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia