Bersediakah dikenakan caj kesesakan?

SERI KEMBANGAN – Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr Harlina Suzana Jaafar berkata, walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan persendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.

“Penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi,” jelasnya.

Menurutnya, langkah itu termasuk mempersiapkan infrastruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.

“Dengan ini dapat disimpulkan bahawa penambahbaikan adalah harus menuju ke arah ‘modal split’ atau ‘modal share’ iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.”

Walaupun begitu, ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara ini yang panas.

“Tetapi dengan adanya kreativiti, kita mampu mewujudkan infrastruktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut,” ujarnya.

Pengenalan ‘kadar harga jalan’ iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.

Terdahulu, pendekatan sebegini yang juga dikenali sebagai ‘caj kesesakan’ itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura, London, United Kingdom; Stockholm, Sweden dan Milan, Itali.

Langkah untuk masa panjang ini bertujuan mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan dijangka mempertimbangkan melihat semula struktur bayaran letak kereta dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia