Bersabarlah, Ia Bukan Noktah Kehidupan

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim telah mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 semalam yang mana seramai 8,876 daripada 389,498 calon memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 77,038 calon berbanding 74,360 tahun 2018.

Seterusnya, seramai 147,738 calon lagi mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 69 calon berbanding tahun sebelumnya. Menurutnya, pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar meningkat tetapi pencapaian calon di bandar lebih baik.

Ramai yang fikir, keputusan peperiksaan yang diterima itulah penentu segala-galanya. Dalam satu situasi yang lain, ramai juga berusaha memperbetulkan salah tanggap itu dengan mengemukakan bukti dan hujah yang rasional.

Mungkin ramai yang pernah melalui dan menikmatinya, ada pelbagai perasaan seperti risau, gementar dan sebagainya ketika ingin mengambil keputusan SPM.

Sebenarnya, jika dilihat daripada pelbagai kata motivasi dan nasihat para natizen di laman media sosial untuk calon-calon SPM ini, kebanyakannya memberikan pandangan membina dan ada juga yang mencemaskan.

Oleh kerana perasaan yang bercampur baur ini, ada yang terbawa-bawa sehingga tidak mahu mengambil keputusan SPM pada hari pertama ia keluar. Yang sudah melalui situasi itu pastinya merasa lega. Selagi keputusan belum di tangan, selagi itulah ‘dup dap’ jantung dapat dirasakan.

Bagi penulis, keputusan SPM itu bukanlah penentu segala-galanya, namun boleh jadi dengan keputusan itulah menentukan segala-galanya buat diri. Ini bermaksud, boleh jadi dengan keputusan itulah diri anda akan berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya (nauzubillah).

Mencapai sasaran atau tidak, usah ditangisi. Tetapi jika ingin juga mencurahkan air mata, berpada-padalah, teruskanlah bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberikan kesempatan-Nya untuk diri meneruskan langkah dan memperbaikinya.

Kepada ibu bapa dan keluarga, tetap teruslah memberikan kata-kata semangat dan kekuatan kepada anak-anak mahupun rakan-rakan mereka agar mereka terus melangkah dengan penuh semangat.

Berikanlah mereka kepercayaan untuk terus menapaki hidup ini dengan lebih baik. Selain itu, berikanlah mereka ruang dan peluang membuktikan bahawa apa yang telah mereka usahakan bukanlah sesuatu yang sia-sia walaupun keputusannya biasa atau kurang berjaya.

Mendapat deretan A dalam keputusan peperiksaan SPM itu bukanlah menjadi satu-satunya kayu ukur kecemerlangan yang patut dibanggakan jika akhlak dan adab diabaikan. Kecemerlangan akademik itu sewajarnya beriringan dengan peribadi dan sahsiah yang mulia.

Berjaya atau tidak berjaya itu juga adalah ujian. Hiduplah dengan penuh semangat kerana segalanya bukan ternoktah dengan mendapat keputusan itu tetapi hakikatnya lebih daripada itu.

Teruskan berusaha meredah badai kehidupan ini. Masih ada gelombang yang rencam yang bakal ditempuhi kerana cabaran sebagai pelajar sudah dilunasi.

Para pendidik serta masyarakat sekeliling juga perlu menunaikan tanggungjawab memberikan kesedaran tanpa berbelah bagi agar mereka merasakan masih punyai harga diri dan dihargai.

Kepada semua calon SPM 2019, selamat menerima, bersyukur dan bersikap positif dengan apa jua keputusan yang diterima. Tahniah bagi yang berjaya, tahniah juga bagi yang kurang berjaya kerana anda sudah berusaha.

Walaupun kurang berjaya, bersabarlah kerana ia bukanlah satu noktah kehidupan, bahkan ia adalah titik permulaan perubahan untuk anda berusaha dengan lebih gigih untuk melakar kehidupan yang lebih baik, insya-Allah.

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Amat menakjubkan urusan seorang mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika ia mendapat sesuatu yang menggembirakan ia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan ia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia