Berlakulah Adil Kepada Anak-anakmu

Berlakulah Adil Kepada Anak-anakmu | IKRAM

Anak adalah salah satu anugerah terbesar daripada Allah SWT. Setiap individu yang telah pun membina rumah tangga, pasti mengimpikan kehadiran seorang anak di sisi mereka.

Anak menjadikan hari-hari sebuah keluarga kecil menjadi ceria. Anak juga adalah pengubat kesunyian dalam mahligai perkahwinan. 

Oleh kerana itu, panjatkanlah banyak-banyak kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki anak yang Dia berikan kerana tidak semua orang merasakannya.

Ada pasangan suami isteri sudah bertahun-tahun berkahwin tapi tak kunjung jua dikurniakan anak walau seorang.

Padahal pelbagai kaedah sudah mereka lakukan agar si isteri mengandung. Pergi jumpa doktor, pergi berubat tradisional tapi tidak jua membuahkan hasil. Pada akhirnya, semuanya itu adalah atas kehendak Allah.

Selain daripada berikhtiar sehabis daya, doa juga amat penting untuk kita panjatkan ke hadrat Ilahi. Doa adalah senjata ampuh bagi seorang mukmin. Kita diperintahkan agama agar jangan sesekali berputus asa dari berdoa kepada Allah.

Sesiapa yang langsung tidak meminta kepada-Nya, maka ia termasuk orang yang sombong. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kita kecuali hanya daripada Allah. 

Pada era globalisasi ini, sememangnya tidak mudah untuk kita mengasuh dan mendidik anak. Terlalu banyak cabaran dan fitnah dunia yang perlu kita hadapi dan memberi kefahaman berkenaan hal itu kepada anak-anak.

Seiring tumbuh besarnya anak, mereka semakin menjauh daripada kita. Ini bukan bermakna mereka enggan dekat dengan orang tuanya tetapi mereka mempunyai circle tersendiri. Lambat-laun mereka perlu mengembara ke luar rumah, sama ada untuk menimba ilmu ataupun bekerjaya. 

Oleh itu, semenjak dari kecil lagi kita mesti menanamkan pendidikan berdasarkan syariat Islam ke dalam jiwa anak-anak. Didik mereka akan pentingnya pelajaran tauhid dan sunnah Nabi SAW disertai dengan amalan yang dilakukan sehari-hari.

Pendidikan agama ini sangat penting untuk difahami oleh anak-anak kita. Pemahaman inilah yang nantinya dapat menyelamatkan mereka daripada anasir-anasir jahat yang menyebar secara berleluasa di luar sana, sebagai contoh LGBT, zina atas nama cinta, akidah Syiah dan lain sebagainya. 

Dewasa ini, ada sahaja segelintir ibu bapa mengadu bahawa anak mereka degil dan enggan mendengar arahan mereka, sehingga ada kes anak melarikan diri dari rumah.

Ada pula anak bercerita bahawa mereka lebih selesa berkongsi cerita atau pendapat dengan kawan-kawan berbanding orang tua sendiri. Allahul musta’an.

Betapa ruginya sebagai ibu bapa andai anak sendiri tidak menyukai kehadiran mereka. Di manakah silapnya? Ayah bonda atau anak?

Untuk ibu bapa, sebaiknya muhasabah diri kita. Mungkin ada di antara kita bersikap tidak adil terhadap anak-anak. Barangkali kita melebihkan seorang berbanding yang lain. Tanpa sedar, barangkali kita pernah memuji bakat anak kita yang seorang dua tapi melupakan yang lain. 

Rasulullah SAW bersabda:

“Berlakulah adil kepada anak-anakmu, berlakulah adil kepada anak-anakmu.” (HR Abu Dawud, No. 3544, Kitab Ijarah (Upah), Bab Membezakan Anak Dalam Pemberian)

Salah satu cara untuk kita menambat hati anak-anak adalah dengan membahagikan kasih sayang secara sama rata. Jangan sampai ada yang berat sebelah.

Masing-masing daripada anak kita itu ada keistimewaannya tersendiri. Yang pertama mungkin pandai dalam akademik, yang kedua jaguh dalam bersukan, yang ketiga ringan tangan membantu kerja-kerja rumah dan begitu juga seterusnya.

Gali apa saja kelebihan yang terdapat dalam diri anak kita. Pujilah mereka semua dan berilah hadiah setiap seorang. 

Dengan demikian, insya-Allah jiwa anak akan mudah lunak apabila kita memberikan nasihat ataupun teguran kepada mereka.

Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling baik dalam melayan keluarganya, termasuklah anak-anak kecil.

Pernah sekali ada seorang anak kecil terkencing semasa berada di ribaan baginda tapi baginda langsung tidak marah. Baginda mengambil air lalu memercikkannya ke atas najis kencing tersebut. 

Disebutkan juga satu cerita bahawa Rasulullah SAW pernah mendukung Umamah binti Abi al-‘Ash di atas tengkuk baginda. Apabila baginda rukuk, baginda meletakkannya dan apabila bangun baginda mengangkatnya semula.

Walhal pada masa itu, baginda menjadi imam solat jamaah. Baginda tidak berasa rimas, malahan melayan saja kerenah anak-anak kecil. Sungguh pada zaman kita ini jarang sekali ada nuansa sedemikian. 

Sesiapa yang tidak ada sifat kasih sayang, maka dia juga tidak disayangi. Maka, jika kita mahu lebih akrab dengan anak, anak gemar berkongsi cerita dengan kita, sayangilah mereka dengan sepenuh hati tanpa pilih kasih. Bagaimana anak ketika dewasa nanti, kitalah yang telah mencorakkannya. 

Nabi Muhammad SAW pernah menuturkan: 

“Tidak ada seorang anak pun yang terlahir kecuali dia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kemudian kedua orang tuanya yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (HR Bukhari, No. 1385)

Maksudnya di sini, jalan kehidupan anak itu adalah bergantung daripada didikan orang tuanya. Sekiranya ibu dan ayahnya melukiskan yang baik-baik saja di garis kehidupan yang perlu dilangkahi anak, maka insya-Allah anak akan tetap di jalan yang lurus kendatipun nanti terbentang beberapa godaan dan halangan. 

Shafiyyah Mei, Taiping, Perak.

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia