Berikan hak wanita Islam bertudung

“Ini bukanlah perkara baharu melibatkan diskriminasi terhadap pekerja wanita,” tegas Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dalam sidang media yang didakan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, Malaysia sudah 60 tahun merdeka, dalam sebuah negara yang pemimpin nombor satu dan majoriti rakyatnya beragama Islam, perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Namun wanita Islam masih tertindas dan dinafikan hak asasi untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya termasuk berpakaian sesuai dengan tuntutan agama mereka.”

Menurut beliau, bagi wanita Muslim bertudung bukan sekadar fesyen tetapi satu kewajipan yang dituntut agama.

“Situasi ini jelas menunjukkan kegagalan pihak kerajaan yang telah memerintah sejak merdeka membela hak asasi umat Islam walaupun telah termaktub dalam Fasal 8 Perlembagaan Malaysia jaminan setiap warga mendapat hak mereka dan bebas dari sebarang bentuk diskriminasi.”

Ini menunjukkan pihak berkuasa gagal memastikan supaya syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia termasuk syarikat antarabangsa dilesenkan dengan sah dan menghormati budaya dan agama masyarakat setempat di mana mereka beroperasi.

“Kebebasan berpakaian mengikut tuntutan agama adalah hak asasi wanita Islam sebagai warganegara Malaysia tanpa mengambil, melibatkan mahupun menjejaskan hak kaum dan agama lain,” jelas Che Asmah lagi.

Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM menyeru dan mendesak agar pihak kerajaan bertindak tegas bagi memastikan majikan dan syarikat yang beroperasi di Malaysia menghormati sensitiviti agama dan keperluan pekerja mengikut adat dan norma yang dianuti pekerjanya.

“Syarikat-syarikat tersebut perlu dipastikan beroperasi mengikut SOP negara ini yang tidak bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya masyarakat Malaysia dan bukan SOP antarabangsa semata-mata,” tegasnya.

Dalam sidang media berkenaan beliau berkata, pihak kerajaan melalui agensinya hendaklah bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang mengenakan polisi yang mendiskriminasikan rakyat Malaysia seperti menghalang wanita Islam melaksanakan tuntutan agama mereka dari sudut berpakaian dan pekerja lelaki daripada melakukan solat Jumaat umpamanya.

“Semua pihak diseru agar berhenti mempolemikkan isu ini.”

Justeru, usaha harus ditumpukan untuk memperkemaskan polisi dan pelaksanaan dalam membela hak semua pekerja khususnya wanita dengan menghentikan sebarang bentuk diskriminasi.

“Semoga dengan ini, kita benar-benar dapat membina Malaysia sebagai sebuah negara rahmah lagi sejahtera untuk semua.”

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia