Beri kefahaman peranan Mahkamah Syariah

SHAH ALAM – Penganjuran Seminar Keluarga Dalam Pelaksanaan Syariah 2016 bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai pengendalian Mahkamah Syariah yang sebelum ini sering kali dilemparkan dengan komen negatif, kata Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Tambahnya, seminar ini seterusnya memberi maklumat tentang penambahbaikan yang telah dilakukan dan sedang dilakukan oleh Mahkamah Syariah.

Penganjuran seminar yang diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada Sabtu, 26 Mac lalu oleh Wanita IKRAM dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor ini lantaran kepekaan dengan masyarakat khususnya golongan wanita yang sering kali dikatakan menghadapi kesukaran berurusan dengan Mahkamah Syariah.

“Kurang kefahaman mengenai sistem dan prosedur punca segelintir masyarakat melemparkan komen negatif kepada Mahkamah Syariah, jadi seminar seperti ini dilihat sebagai satu platform yang baik bagi menyalurkan serta menghebahkan segala maklumat dan berkongsi pembaharuan yang telah dilakukan Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah adalah satu institusi Islam yang sangat penting dalam melaksanakan keadilan kepada umat Islam menurut ketetapan syarak, jadi pemerkasaan Mahkamah Syariah secara langsung dapat memperlihat kepada semua tentang keindahan syiar Islam yang membawa penyelesaian terbaik kepada permasalahan manusia,” katanya dalam sidang media seminar tersebut.

    

Ucapan perasmian, ucapatama dan forum

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, YB Puan Dr. Daroyah Alwi berkata penganjuran bersama seminar seperti ini bersama badan bukan kerajaan amat perlu bagi bersama-sama menangani isu semasa yang melanda masyarakat.

“Peranan semua pihak diperlukan dalam usaha pemantapan institusi keluarga. Ucapan syabas juga kepada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) atas perubahan dasar yang mesra gender dan memberi keadilan kepada golongan wanita,” katanya dalam ucapan perasmian seminar tersebut.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato’ Dr Mohd Naim Mokhtar berkata usaha yang dilakukan Wanita IKRAM amat baik dan harus dipuji dalam membantu Mahkamah Syariah memberi pencerahan kepada masyarakat.

“Usaha Wanita IKRAM dalam menganjurkan seminar ini selain dapat memberi pencerahan menyalurkan maklumat seterusnya dapat mendidik masyarakat dalam isu ini,” jelasnya.

Sementara itu, mantan Ketua Hakim Terengganu, Datuk Ismail Yahya telah menyampaikan ucaptama beliau berkisar ‘Ke Arah Mahkamah Syariah Yang Mesra Keluarga’ di mana beliau menekankan bahawa lima unsur mahkamah yang mesra masyarakat adalah undang-undang, tempat, hakim, pegawai dan juga kemudahan.

Forum turut diadakan dengan kupasan tajuk ‘Mahkamah Syariah: Memudahkan atau Menyusahkan?’ dengan menampilkan panelis Dato’ Dr Mohd Naim dan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Haini Hassan di mana Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee bertindak sebagai moderator.

Seminar ini juga merupakan anjuran bersama Wanita IKRAM Selangor, Biro Perundangan IKRAM dan Mahkamah Syariah Selangor.

Album seminar: http://bit.ly/1MM3Hj4
Berita
1. Sinar Harian: http://bit.ly/1RJlK0M
2. Harian Metro: http://bit.ly/1REHkgC
3. Berita Harian: http://bit.ly/25rQSWI

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia