BENTO 2026 Perkukuh Kompetensi Pengurusan Kewangan

IKRAM

SERI KEMBANGAN – Bengkel Bendahari yang bertemakan Bendahari Nadi Tadbir Urus Organisasi (BENTO 2026) telah diadakan pada Sabtu, 18 Julai lalu bertujuan untuk memperkukuh kompetensi, menyelaraskan amalan pengurusan kewangan yang sistematik, serta memastikan ketelusan dan integriti organisasi sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Mengambil inspirasi daripada konsep bento yang melambangkan keseimbangan dan penyusunan yang sistematik, bengkel ini mengetengahkan kepentingan pengurusan kewangan yang tersusun, seragam dan berkesan di semua peringkat organisasi. 

Pendekatan ini selaras dengan hasrat IKRAM untuk memastikan amalan tadbir urus kewangan yang mampan dalam mendukung pelaksanaan misi dakwah dan pembangunan masyarakat.

Bengkel anjuran Pejabat Bendahari, Pertubuhan IKRAM Malaysia yang berlangsung secara hibrid ini dihadiri lebih 150 orang peserta yang terdiri daripada bendahari pelbagai peringkat pusat, negeri, kawasan serta sayap Wanita dan IKRAM Muda.

Dalam sesi pembukaan, Bendahari IKRAM, Hj. Ismail Yusoff Awang membentangkan tentang peranan bendahari dan peraturan kewangan, yang menekankan bahawa jawatan bendahari adalah paksi utama dalam merancang, mengurus, dan mengawal kewangan organisasi.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara kritikal berkaitan peranan bendahari, pengurusan sumber dana, kawalan dalaman dan kepatuhan kepada perundangan berkaitan kewangan.

Bengkel ini telah disusun dengan beberapa slot penting, antaranya Polisi dan Panduan Audit Kewangan oleh En. Muhammad Fikri Ahmad (Pemeriksa Kira-kira Pusat), serta pembentangan Garis Panduan Operasi dan Belanjawan, manual penggunaan Sistem Pengurusan IKRAM (SPI) oleh Pn. Sabiqah Harithuddin (Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat).

Bengkel sehari ini turut diisi dengan slot Penyediaan Laporan dan Penyata Kewangan oleh Prof. Madya Dr. Norzitah Abdul Karim (Bendahari Wanita IKRAM Pusat) dan Projek Transformasi Digital Kewangan oleh Hj. Burhanuddin Ab. Ghani (Pasukan Transformasi Digital).

Menurut Hj. Burhanuddin, sebagai langkah ke hadapan, IKRAM sedang ke arah membangunkan Sistem Kewangan Berpusat yang akan mengintegrasikan pengurusan kewangan dari peringkat kawasan hingga ke pusat, yang merangkumi ciri paparan secara langsung, tuntutan dan kelulusan digital serta penyelarasan automatik

Secara keseluruhan, para peserta amat menghargai inisiatif bengkel yang diadakan kerana memberi pendedahan dan input yang berharga berkaitan pengurusan kewangan, bahkan membuka mata sebagai seorang bendahari agar lebih peka, di samping pengisian yang padat, jelas, relevan dan amat membantu.

BENTO 2026 diakhiri dengan ikrar para Bendahari untuk mengukuhkan komunikasi, memastikan setiap transaksi disokong oleh dokumen yang sah, serta menjadikan prinsip amanah, telus dan profesional sebagai asas utama dalam setiap tindakan demi menjamin kelangsungan dakwah organisasi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia