Menurut Pengerusinya, Sdr Mohd Faridz Ismail, program ini bertujuan memberi kemahiran dan pendedahan kepada kepada ahli-ahli IKRAM berkenaan bagaimana merekabentuk dan membina asas grafik menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.
Selain itu, ia bertujuan memberikan kemahiran bagaimana menggunakan aplikasi ini dalam salah satu proses pemasaran produk-produk IKRAM (seperti program khidmat masyarakat dan lain-lain) yang telah menjadi ‘Core Bussiness’ dakwah dan operasi IKRAM agar dapat dimanfaatkan pada masyarakat dan juga ahli IKRAM.
Jurulatih untuk bengkel kemahiran ini adalah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Media Pusat, Sdr Wan Mohd Zukri Che Mat Zin yang juga seorang pakar rekabentuk grafik.
Semoga bengkel ini melahirkan lebih ramai pereka grafik yang berkualiti yang dapat memasarkan program-program dakwah dengan berkesan, insyaa-Allah.
Foto Bengkel: http://goo.gl/Ceu0MI