Belum Terlambat Usaha Pulihara Alam Sekitar

Belum Terlambat Usaha Pulihara Alam Sekitar | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Malaysia tidak harus berputus asa dan melihat usaha ke arah memelihara alam sekitar sudah terlambat meskipun tersenarai pada kedudukan 130 daripada keseluruhan 180 buah negara dalam senarai Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI).

“Secara umumnya penduduk di negara ini mempunyai kesedaran tinggi berkenaan penjagaan alam sekitar, namun apa yang perlu diberi penekanan ialah pembabitan secara aktif dalam usaha ke arah itu,” kata aktivis alam sekitar, Amlir Ayat.

Beliau turut menyifatkan terdapat keraguan dalam cara penilaian ranking yang dikeluarkan Universiti Yale dan Universiti Columbia itu.

“Saya tidak melihat angka tersebut satu isu besar, sebaliknya mahu semua pihak memberi tumpuan kepada matlamat utama, iaitu memastikan alam sekitar yang sempurna, seimbang dan selamat untuk kesejahteraan kehidupan pada masa kini dan akan datang.”

Menurutnya, masih banyak usaha yang boleh dilakukan, kita boleh lihat sendiri keadaan alam sekitar di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan dengan keadaan pencemaran udara dan air serta bencana banjir.

“Apabila semua ini kerap berlaku berbanding dahulu, ini bermakna kita menghadapi masalah dalam usaha pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. Pihak kerajaan, saya pernah tekankan dahulu, aspek penguatkuasaan, banyak perkara perlu perbaiki misalnya memantau pematuhan industri dan kilang.”

Amlir berkata, banyak kilang yang tidak patut berada di situ atau yang mengabaikan undang-undang, kilang ini sepatutnya terus dimusnahkan.

“Malah yang berdaftar sekalipun kena henti dulu operasi atau disaman dengan kadar yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad.

Jelas Amlir, bergerak ke hadapan, selain aspek penguatkuasaan undang-undang, pematuhan garis panduan pembangunan dan pendidikan di peringkat paling asas perlu diberi perhatian.

“Apabila kita kata selamatkan alam sekitar, mereka tak nampak. Selamatkan alam sekitar bukan saja menyelamatkan hanya untuk kebaikan alam sekitar tetapi kita nak jaga alam sekitar demi kesejahteraan manusia, itu kaitan yang perlu diberitahu dan difahamkan,” tegasnya.

Terdahulu, Indeks Prestasi Alam Sekitar 2022 yang baru dikeluarkan meletakkan Malaysia di tangga 130, dengan skor EPI 35.00.

Denmark paling cemerlang dengan skor 77.90, diikuti United Kingdom (77.70) dan Finland (76.50), seterusnya India di tangga terbawah dengan skor 18.90.

EPI menyenaraikan 180 negara berdasarkan perubahan iklim, kesihatan alam sekitar dan daya hidup ekosistem.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia