Belia Islam Perlu Main Peranan Bangunkan Negara

SEREMBAN – Persidangan Belia Islam Negeri Sembilan 2023 telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi di sini pada Sabtu, 17 Jun lalu yang dihadiri 226 peserta dalam kalangan belia dan mahasiswa.

Persidangan belia ini merupakan anjuran bersama Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sembilan.

Persidangan sehari ini juga mendapat kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), ABIM Negeri Sembilan, Akademi NUNJI dan Sekretariat Rahmah Negeri Sembilan.

Antara objektif penganjuran program ini ialah untuk memberi kefahaman kepada para belia Islam tentang konsep Malaysia Negara Rahmah, Malaysia MADANI serta siasah syar’iyyah dan sistem demokrasi berparlimen.

Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan generasi belia Islam yang bermaklumat dan bertindak secara positif selaras dengan konsep Malaysia MADANI. 

Bertemakan ‘Belia Islam Belia MADANI,’ persidangan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Hj Amirasyid Densibali sarat dengan pendedahan pelbagai maklumat serta ilmu kenegaraan dan peranan sebagai belia.

Sesi pagi persidangan ini diisi dengan pembentangan ‘Malaysia Negara Rahmah’ oleh Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pembentangan ‘Ekstremisme dan Islam’ oleh ahli panel Ustaz Ali Muda, Ustaz Ridhwan Abu Bakar dan Dr Anwar Muttaqin.

Persidangan Belia Islam Negeri Sembilan turut diserikan dengan forum bertajuk ‘Peranan Belia Islam Mengangkat Gagasan Malaysia MADANI’ bersama ahli panel Dr Jufitri Joha dan Puan Siti Faridah Abdul Samad yang dikendalikan moderator Umar Mukhtar Abdullah.

Persidangan seterusnya bersambung ke sesi petang dengan Wacana Malaysia MADANI bersama Presiden IKRAM, Hj Badlishah Baharin dan Penasihat Agama Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Ustaz Jaafar Muhammad, serta moderator Asmaalif Abdul Adam.

Dalam wacana itu, Hj Badlishah menerangkan tentang 12 Ciri Negara Rahmah yang mengandungi nilai-nilai murni seperti kompeten, integriti, adil, ilmu, akhlak, penyayang dan sebagainya. 

Jelasnya, ciri Negara Rahmah iaitu Masyarakat Berilmu, Berakhlak dan Penyayang tidak berbeza dengan Daya Cipta, Hormat dan Ihsan dalam gagasan Malaysia MADANI. 

Beliau turut menceritakan kisah Sultan Muhammad al-Fateh yang amat mencintai ilmu, yang mana antara perkara pertama yang dilakukannya selepas penaklukan Constantinople adalah denngan membina perpustakaan.

Kemuncak persidangan ialah Townhall Kerajaan Perpaduan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Tn Hj Adly Zahari dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Persidangan seumpama ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada penggerak mahasiswa dan belia untuk menyumbang dan memainkan peranan penting dalam membantu usaha ke arah menjadikan Malaysia negara yang makmur, aman dan harmoni. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia