Belia berbasikal santuni gelandangan

Program yang julung kali diadakan anjuran Belia IKRAM Petaling Jaya dengan kerjasama Biro Belia Masjid Tun Abdul Aziz, Destinasi Anak Muda (DAM) dan Kelab Kayuh (KEKA) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini bertujuan supaya para belia cakna dengan isu gelandangan di samping melakukan aktiviti menyihatkan iaitu dengan berbasikal.

Perasmian oleh Nazir Masjid dan kayuhan ke Kuala Lumpur

Program yang telah diadakan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Nazir Masjid, Prof Dato’ Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff dan para peserta dilepaskan menuju ke Kuala Lumpur pada jam 10.00 malam. Turut hadir dalam pelepasan Yang Dipertua IKRAM Petaling Jaya, Mohd Hasyahril Mohd Hashim.

Kemudian, para peserta membuat kayuhan melalui jalan kampus di Universiti Malaya (UM) diiringi marshall dan anggota trafik UM manakala di Jalan Bangsar, mereka diiringi oleh anggota polis trafik dari IPD Dang Wangi hingga tiba di bangunan Cahaya Suria di ibu kota.

Para peserta menyantuni gelandangan dan memberi pek kebersihan

Di sana, mereka diberi taklimat oleh Saudara Abdul Hadi Khalid, koordinator Dapur Jalanan. Para peserta pula dibahagikan kepada 10 kumpulan dan mereka mula mengedarkan pek kebersihan (hygiene kit) kepada para gelandangan di samping menyelami latar belakang kehidupan mereka hingga mengalami keadaan tersebut.

Pada jam 11.30 malam, para peserta berkumpul dan bergerak pula ke Dataran Merdeka untuk minum malam dan sesi fotografi sebelum bergerak pulang ke Masjid Tun Abdul Aziz.

Semoga kayuhan bermanfaat ini dapat membantu sedikit sebanyak golongan gelandangan di ibu kota dan meningkatkan rasa prihatin masyarakat terhadap mereka, insya-Allah.

 

FB IKRAMYouth PJ

Foto1: http://on.fb.me/1HprM0l

 

FB Masjid Tun Abdul Aziz, PJ

Foto2: http://on.fb.me/1FjdzQV

Foto3: http://on.fb.me/1Ge10T7

Foto4: http://on.fb.me/1Dqbez2

Foto5: http://on.fb.me/1Hvdbkd

Foto6: http://on.fb.me/1Dj1khh

Foto7: http://on.fb.me/1ElWtkN

Foto8: http://on.fb.me/1HyYwCQ

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia