Bela al-Quds, MyCARE di pentas antarabangsa

Pengerusi MyCARE, Pof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor merupakan pembentang tunggal dari Asia Timur yang menjelaskan usaha-usaha MyCARE bagi membaik pulih Baitul Maqdis dalam forum antarabangsa yang bernaung di bawah Pejabat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan itu.

“Antara kriteria pemilihan adalah kerana sumbangan melalui MyCARE dikategorikan sebagai sumbangan terbesar daripada NGO Malaysia terhadap usaha-usaha untuk memartabatkan Baitul Maqdis terutamanya Masjid al-Aqsa,” ujar MyCARE.

Menurutnya, pengiktirafan ini dipersembahkan untuk rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong usaha-usaha kemanusiaan terutamanya dalam memperjuangkan bumi Palestin.

Dalam forum tersebut, Dr Hafidzi berkongsi usaha-usaha yang dilakukan MyCARE sejak 2015 untuk membela al-Quds melalui agensinya, Aqsa Syarif dan Rose2Rose dengan bantuan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta (USD400,000).

Tambah beliau, bantuan tersebut termasuklah membayar gaji guru-guru Masjid al-Aqsa, memperkasakan pusat komuniti wanita, latihan kewartawanan wanita, bantuan makanan dan bantuan keluarga miskin.

Tegasnya, Malaysia sentiasa komited berjuang membela Palestin dan Baitul Maqdis khususnya dan akan meneruskan usaha tersebut sehingga pembebasan tanah suci itu daripada penjajahan Zionis.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Dr Hafidzi turut berpeluang menghadiahkan sendiri buku foto Women’s Boat to Gaza (WBG) kepada Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim.

“Dapat juga saya merakamkan detik bersejarah ini. Dengan kawalan yang ketat, permintaan izin kami untuk menghadiahkan buku ini diperkenankan oleh pegawai-pegawai pengiringnya,” ujar Puan Zuraidah Kornain, isteri beliau melalui status facebooknya.

International Forum on Al-Quds Waqfs adalah satu forum antarabangsa bertujuan untuk memperjuangkan wakaf di bawah satu matlamat yang sama, berkongsi usaha-usaha kemanusiaan yang sedang dijalankan dan merancang membina semula Baitul Maqdis secara efektif dan sistematik.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia