Bebaskan Pengerusi BERSIH, Pn Maria Chin Abdullah

Wanita IKRAM mengecam penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah akta kejam SOSMA. Tindakan menahan reman Puan Maria Chin di bawah akta SOSMA, yang mana sebelum ini dijanjikan hanya untuk teroris merupakan tindakan yang bersifat salah guna kuasa.

Dimaklumkan bahawa Puan Maria Chin yang berusia 60 tahun telah ditempatkan di suatu sel yang sangat kecil tanpa kemudahan keperluan asas seperti bantal dan alas tidur adalah merupakan tindakan zalim di luar batas kemanusiaan dan perlu dikecam.

Wanita IKRAM mendesak agar Puan Maria Chin dibebaskan segera memandangkan:

1. Tuduhan yang dikenakan terhadap beliau tidak berasas;

2. Puan Maria yang telah sampai ke usia emas, dan perlu diberi layanan berperi kemanusiaan sesuai dengan usia beliau dan bukan dilayan sebagai penjenayah tegar; dan

3. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang berusaha memperjuangkan keadilan dan bukanlah seorang teroris yang berniat menghancurkan negara apatah lagi menggulingkan kerajaan.

Wanita IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti kepada Puan Maria Chin agar beliau dibebaskan dengan serta-merta.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia