Bebaskan Juga Monopoli Pelbagai Sektor – Pakar & NGO

Bebaskan Juga Monopoli Pelbagai Sektor - Pakar & NGO | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kerajaan diminta mengkaji beberapa lagi perniagaan monopoli dalam pelbagai sektor bagi mewujudkan persaingan lebih baik serta adil kepada rakyat.

Ia termasuk pengimportan makanan, perkhidmatan liputan rangkaian 5G, pembekalan ubat, perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dan televisyen berbayar.

“Perkhidmatan tidak strategik seperti perkhidmatan kerajaan dalam talian serta dan televisyen berbayar perlu dikaji semula sebagai langkah meningkatkan mutu dan memberikan perkhidmatan yang berpatutan,” ujar pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor.

Katanya, ketiadaan pilihan menyebabkan ada syarikat monopoli mengambil kesempatan ke atas pengguna.

“Mengambil contoh tayangan cerita dipertontonkan oleh stesen televisyen berbayar adalah sama dan berulang-ulang, sedangkan pelanggan membayar mahukan sesuatu yang setimpal dengan bayaran dikenakan.”

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr Paul Selvaraj pula menggesa kerajaan menumpukan usaha membebaskan monopoli khususnya dalam sektor perubatan dan makanan.

“Selain monopoli syarikat tertentu, kerajaan juga perlu menyiasat penubuhan sesuatu konsortium atau kartel yang cenderung bersifat manipulatif serta ‘berkuasa’ mengawal pasaran,” kata beliau.

Justeru, beliau menyarankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan senarai syarikat dikesan memonopoli sektor tertentu supaya tindakan boleh diambil, antaranya memecahkan monopoli mereka dalam pasaran demi kepentingan rakyat.

“Tidak kira konsortium atau syarikat macam mana sekalipun, pastikan ia tidak ada kawalan khususnya dari segi harga dan tidak membesar sampai ia boleh menetapkan harga pasaran. Jika ada persaingan, ia tidak boleh tetapkan harga.”

Menurutnya, MyCC sepatutnya keluarkan senarai syarikat memonopoli walaupun suruhanjaya itu berdepan implikasi undang-undang, tetapi mereka harus ambil tindakan kerana MyCC ada kuasa dan perlu menerajui usaha ini.

“Kami kecewa dengan peranan yang sepatutnya dimainkan suruhanjaya itu yang dilihat sedikit lambat,” ujar Selvaraj.

Mengulas lanjut peranan MyCC berhubung isu monopoli dengan mengambil contoh isu monopoli Touch ‘n Go (TnG), beliau berkata, pihaknya membuat aduan sejak lima tahun lalu, namun tiada tindakan diambil.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob pula mencadangkan tempoh 15 tahun sudah cukup untuk kerajaan membantu sesebuah syarikat dapatkan keuntungan menerusi dasar monopoli.

“Tempoh monopoli yang panjang sehingga 30 tahun boleh mengekang pertumbuhan ekonomi dan memberi kesan kepada rakyat sebagai pengguna berdasarkan teori, hanya industri utiliti sahaja yang patut diberikan monopoli. Bagaimanapun dari segi dasar, kerajaan sudah memberikan monopoli kepada beberapa syarikat.”

Beliau berkata, tidak mengapa memberikan monopoli tersebut, tetapi jangan untuk tempoh yang terlalu lama kerana ia tidak menggalakkan persaingan..

Mengulas perkhidmatan atau syarikat mengamalkan monopoli yang perlu dikaji semula, Sulaiman berkata, antaranya syarikat yang membekalkan ubat-ubatan kepada hospital.

“Produk yang dijual atau dibekalkan syarikat monopoli kadangkala tidak berkualiti kerana tiada desakan kuat datang dari kalangan pengguna, sebagaimana dalam pasaran kompetitif yang beroperasi secara terbuka,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengkaji semula semua syarikat yang menikmati monopoli pada masa lalu sebagai usaha memastikan perkhidmatan ditawarkan lebih berdaya saing antara mereka.

Katanya, semua kementerian sudah diminta mengkaji syarikat monopoli sedia ada di bawah bidang kuasa mereka dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang telus serta persaingan yang adil.

Selain itu, pakar ekonomi dan persatuan pengguna berpendapat, perkhidmatan atau barangan ditawarkan syarikat tunggal selama ini antara faktor orang ramai terpaksa menanggung kos tinggi disebabkan tidak mempunyai pilihan lain.

Malah, mereka juga menegaskan, monopoli boleh dilaksanakan, namun kerajaan perlu memendekkan tempoh yang diberikan kepada sesebuah syarikat bagi membenarkan persaingan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia