Bayaran Elaun: Terbelakah Nasib Pelajar Praktikal?

Bayaran Elaun: Terbelakah Nasib Pelajar Praktikal? | IKRAM

Sehingga kini belum ada sebarang akta khusus untuk mewajibkan bayaran elaun kepada anak muda yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi mahupun jabatan kerajaan.

Namun, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kementeriannya akan memperhalusi dan membincangkan perkara berkenaan.

“Ini satu peringatan penting untuk kita semua terutama kementerian yang memberi ruang untuk pelatih industri, bagi mengkaji supaya dapat diberikan elaun.”

Ia tercetus akibat daripada pandangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempersoalkan perkara ini di Dewan Rakyat ketika sesi sidang parlimen baru-baru ini.

“Saya fikir belum ada akta yang khusus yang dibuat untuk memastikan pelatih industri kita diwajibkan untuk dibayar elaun. Ini mungkin perlu kita ambil kira dan ini perlu diperhalusi.”

Elaun Tidak Wajib

Menurut laporan media, kerajaan tidak bercadang mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta buat masa ini terutamanya, kerana syarikat masih melalui pemulihan pasca-Covid-19. 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan, cadangan untuk mewajibkan pembayaran elaun berkenaan yang dinyatakan Menterinya, Hannah Yeoh pada Rabu lalu bertujuan menggalakkan sektor swasta mencontohi langkah yang diambil kerajaan berkaitan latihan amali bergaji.

KBS juga turut memaklumkan ketika di Parlimen pada minggu lalu, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, yang mana kebaikan dan keburukan mengenainya akan dibincangkan.

Terdahulu, dasar sedia ada kerajaan tidak mewajibkan mana-mana syarikat swasta membayar elaun kepada pelajar dalam program latihan industri.

Namun menurut Menteri KBS, kerajaan amat menggalakkan supaya syarikat swasta mencontohi sektor kerajaan untuk turut melaksanakan pembayaran elaun kepada pelajar ini.

Inisiatif pemberian elaun latihan industri oleh pihak swasta perlu diteliti dari pelbagai aspek.

Sebelumnya, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berpandangan cadangan untuk mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar menjalani latihan industri di sektor swasta akan membuatkan majikan keberatan untuk menawarkan latihan kepada mereka.

Perkara itu turut dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia agar dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam memperluaskan pelaksanaan cadangan itu kepada sektor swasta.

Alternatif Bantu Pelajar

Berikutan itu juga, Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan atau syarikat swasta yang terbabit dengan pengambilan pelajar sebagai pelatih industri melihat beberapa alternatif dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan selain pemberian elaun.

Ia bersesuaian dengan kenyataan menterinya, V Sivakumar yang memaklumkan bahawa alternatif yang dicadang termasuk penyediaan penginapan, makanan dan pengangkutan bagi meringankan bebanan pelajar.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai pengurusan penetapan elaun bagi pelajar latihan industri yang bergantung kepada majikan atau syarikat swasta.”

Beliau turut menyarankan agar majikan atau syarikat swasta yang mengambil pelajar ini memberi elaun sara hidup sebagai sumbangan atau bantuan kepada pelajar.

Tidak terkecuali, pihaknya akan meneliti dan membuat pertimbangan secara menyeluruh serta mengambil tindakan yang sesuai berhubung isu elaun dengan mengambil kira pandangan serta keperluan pihak terlibat termasuk pelatih dan industri bagi sektor swasta.

Kerajaan juga masih belum mewujudkan polisi atau garis panduan mengenai elaun latihan industri untuk syarikat swasta kerana ia adalah isu kompleks yang memerlukan kajian dan perundingan mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan terutama KPT.

Apa yang menariknya, kerajaan komited untuk memastikan semua pelatih tidak kira mereka di sektor awam atau swasta, mendapat layanan yang adil dan saksama. 

Jika perlu, kerajaan akan mewujudkan garis panduan yang jelas dan terperinci mengenai pembayaran elaun latihan industri atau praktikal di sektor swasta.

Lindungi Hak Pelajar 

Dalam perkembangan berkaitan, V Sivakumar melalui kementeriannya bersedia meneliti saranan supaya Akta Kerja 1955 disemak semula bagi melindungi hak pelajar yang menjalani latihan industri atau praktikal di negara ini.

“Saya rasa buat masa ini Akta Kerja 1955 adalah mencukupi tetapi kita akan meneliti semula saranan dibuat pihak-pihak tertentu yang mahukan kita melihat semula akta sedia ada itu.”

Menurutnya, kementerian boleh melihat tentang perkara berkenaan, selain memerlukan satu garis panduan bagi melindungi keselamatan sosial dan masa depan pekerja gig.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan pelbagai pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) supaya satu akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri diwujudkan segera bagi mengelak eksploitasi tenaga kerja.

Akta Khas

Selain itu juga, banyak syarikat ternama membuat kerahan kerja pekerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun. Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia diminta menyiapkan laporan penuh mengenai dakwaan berkenaan.

“Ada organisasi swasta yang ternama dan berjaya, mereka ambil sepasukan ‘tentera’ anak muda untuk menjalani latihan industri tanpa dibayar elaun semata-mata untuk mengurangkan kos…,” kata Syed Saddiq.

Isu tersebut menarik perhatian Perdana Menteri yang berkata bahawa beliau akan meneliti sebarang cadangan bagi mewujudkan sebuah akta khas untuk melindungi kebajikan pelajar pelatih.

“Insya-Allah bila kertas (cadangan) itu sampai kepada Kementerian Kewangan dan kepada saya, saya akan ambil tindakan yang wajar,” katanya.

Oleh itu, kerajaan diharap dapat melaksanakan komitmennya untuk membela nasib pelajar praktikal.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia