Ramadan: Komuniti Rohingya, keluarga Gaza dibantu

SERI KEMBANGAN – MyCARE telah memulakan agihan bantuan pek makanan asasi di dalam dan luar negara sempena bulan Ramadan tahun ini.

 

Agihan pertama telah dilaksanakan di komuniti Rohingya di Taman Kencana dan Taman Muda, Ampang. 

 

“Agihan telah dilaksanakan di rumah ketua komuniti Rohingya di sana, Soyyodol Islam,” menurut MyCARE.

 

Sebanyak 100 buah keluarga Rohingya telah menerima pek makanan asasi hasil sumbangan para penderma kempen MyRamadan MyCARE. 

 

“Terima kasih diucapkan kepada para penderma, Nantikan agihan berikutnya pada minggu yang lain.”

 

Antara barang agihan yang diberikan ialah cili padi hijau, cili kering, halia, minyak masak, serbuk kunyit, garam, biskut, bawang merah besar, bawang putih, ubi kentang, kacang dal dan beras.

 

Dalam pada itu, MyCARE terus membantu golongan yang menghadapi krisis kekurangan makanan pada bulan Ramadan ini dengan penyaluran bekalan daging kepada golongan sasaran di luar negara.

 

MyCARE bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin dan NGO tempatan untuk mengenal pasti keluarga-keluarga yang memerlukan di sekitar Gaza.

 

Sebanyak 500 buah keluarga di Gaza telah menerima bekalan makanan pada 1 Ramadan lalu, yang dianggarkan memberi manfaat kepada hampir 3,000 orang.

 

Selain itu, sebanyak 220 buah keluarga pula menerima bekalan daging.

 

“Sebanyak 1,320 orang telah mendapat manfaat ini (bekalan daging) dan dijamin mempunyai makanan untuk berbuka dan bersahur!” ujar MyCARE.

 

Sebanyak 10 ekor kambing dengan anggaran seberat 50 kilogram telah dikorbankan.

 

“Alhamdulillah, mereka sangat bersyukur dengan pemberian ini. Teruskan bersama dalam kempen MyRamadan 2022.”

 

Melalui kempen ini juga, MyCARE telah menyantuni 188 orang anak-anak yatim di Nepal dengan melaksanakan Iftar Jamaie di Jametul Banat Girls School di daerah Siraha dengan kerjasama HeSRA.

 

Bantuan kempen MyRamadan ini akan disalurkan kepada keluarga miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan asnaf di Palestin, Malaysia, Syria, Yaman, Lubnan, Cox’s Bazar, Afghanistan dan lain-lain.

 

Ayuh kita ringankan beban mereka dan gandakan pahala di pautan https://mycare.qrd.by/myramadan

 

Sumber: MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia