Bantuan Haji Untuk B40, M40, Surat Tawaran Mulai Rabu

Bantuan Haji Untuk B40, M40, Surat Tawaran Mulai Rabu | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

TH menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

“Ini susulan kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M.”

Berbanding tahun lalu katanya, bayaran haji bersasar membabitkan dua kategori sahaja, iaitu B40 dan bukan B40. Namun tahun ini berbeza. Ia dipecahkan kepada tiga kelompok iaitu B40, M40 dan T20.

“Bagi kumpulan B40, bayaran haji selepas ditolak bantuan kewangan haji sebanyak 61 peratus ialah RM10,980 dan untuk M40 pula, bantuan kewangan yang diberikan 48 peratus. Jadi, mereka hanya perlu bayar RM15,980,” ujarnya.

Selain itu, bagi kumpulan T20 pula, ia perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850.

Terdahulu pada Sabtu lalu, kerajaan dilaporkan akan menampung kenaikan kos mengerjakan haji untuk golongan B40 dan M40 yang meningkat tahun ini.

“Kerajaan bersetuju menampung sepenuhnya kenaikan kos untuk golongan B40,” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Lembaga Tabung Haji (TH) berkata kos haji meningkat, namun untuk bakal jemaah dari golongan B40, mereka tidak perlu membayar kos tambahan, kerana kerajaan akan menampung kenaikan kos untuk mereka.

“Golongan M40 perlu menanggung kenaikan kos RM3,000, manakala golongan T20 pula perlu membayar kos haji dengan harga penuh tanpa sebarang subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, TH sedang mengkaji kadar bayaran haji musim ini berikutan jangkaan kos meningkat sehingga RM30,850 bagi setiap jemaah Muassasah, berbanding RM28,632 seorang tahun lalu.

“Penetapan kadar bayaran haji yang mengambil kira kenaikan kos disebabkan beberapa faktor. Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana terdedah kepada faktor di luar kawalan TH, termasuk kadar tukaran mata wang Ringgit berbanding Saudi Riyal dan Dollar Amerika Syarikat,” kata Dr Mohd Na’im.

Menurutnya, peningkatan kos haji juga disumbangkan oleh kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi, projek pembesaran berterusan di Makkah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan dan memberi tekanan kepada harga sewaan.

Surat Tawaran Haji Mulai Rabu

Dalam perkembangan berkaitan, mulai Rabu ini, TH akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat.

“Ia melibatkan seramai 31,600 jemaah haji, dengan TH mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada 2020,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Beliau berkata, surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.

“TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.”

Menurutnya, ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

“Bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Jelas Amrin lagi, rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac ini, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia