Reformasi Pendidikan, Haji Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pelan bagi merealisasikan reformasi pendidikan di institut pengajian tinggi dan langkah kerajaan menampung peningkatan kos untuk mengerjakan ibadah haji serta umrah, antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Soalan mengenai reformasi pendidikan itu, sebagaimana menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, diajukan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) kepada Menteri Pendidikan Tinggi.

Manakala, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) pula ingin tahu langkah serta bantuan disediakan kerajaan bagi menampung peningkatan mendadak kos untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Dalam pada itu, soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) meminta penjelasan Menteri Pertahanan berhubung pelaksanaan skim Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen khususnya kategori B40.

Antara lain, soalan mengenai kualiti dan kos perkhidmatan 5G yang ditawarkan syarikat telekomunikasi, usaha mengurangkan kos kepada pengguna serta tempoh masa liputan 5G di seluruh negara boleh dicapai pula diajukan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Komunikasi dan Digital.

Seterusnya, selesai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa.

Menurut takwim di laman Parlimen, rang undang-undang itu akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia