“Semua kawan-kawan, kita hendaklah menolong rakyat Syria yang susah kerana mereka tidak dapat apa yang kita sedang dapat sekarang,” tambahnya.
Program anjuran Ivy Merah Project dan Bake For Syria dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan i4SYRIA ini menyediakan beberapa aktiviti menarik seperti jualan amal pelbagai jenis kek, pastri dan kuih, Garage Sales, Fun & Games untuk kanak-kanak serta gerai pameran dan jualan MyCARE.
Program ini turut melibatkan pelajar sekolah daripada Kelab MyCARE SRIAAKL dan juga anak-anak muda di mana keuntungan daripada jualan ini akan disalurkan ke Tabung Syria melalui MyCARE.
Menurut Pengerusinya, Dr Hafidzi Mohd Noor, usaha sebegini penting bagi memberi ruang kepada pelajar dan anak-anak muda menjadi sukarelawan.
Beliau mengharapkan penglibatan semua peringkat, termasuk kanak-kanak di peringkat tadika dan taska untuk memahami isu ini mengikut tahap umur atau kefahaman mereka.
“Sekurang-kurangnya mereka faham bahawa ada rakan-rakan mereka yang mereka tidak kenal, tapi memerlukan bantuan,” jelas beliau yang turut hadir dalam program tersebut.
Menurut Nadhira Sofian, salah seorang peniaga program Bake for Syria berkata, program ini bertujuan untuk sama-sama membuat perubahan kepada dunia.
“Kalau tak dapat bantu banyak pun, at least kita dapat bantu sikit-sikit tenaga kita dan apa yang kita ada,“ katanya.
Sambutan terhadap program ini sangat menggalakkan di mana sumbangan yang berjaya dikutip dianggarkan berjumlah RM5,800. Pihak penganjur turut menerima beberapa permintaan untuk menganjurkan program yang sama di daerah yang lain.
Foto1: http://on.fb.me/1QBlcDs
Foto2: http://on.fb.me/1QnSPcB
Foto3: http://on.fb.me/1oSNkMk
Berita Astro Awani: http://bit.ly/20Z0Qtp
FB: Bake For Syria