Bantu Kanak-kanak Syria: Pendaftaran Walk4Humanity Kini Dibuka

Bantu Kanak-kanak Syria: Pendaftaran Walk4Humanity Kini Dibuka | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Larian maya, Walk For Humanity 2022 kini dibuka pendaftarannya sejak 1 Julai lalu hingga 31 Ogos depan.

Bertujuan untuk membantu kanak-kanak mangsa perang Syria yang memerlukan kaki dan tangan palsu, larian ini akan bermula pada 31 Ogos hingga 16 September 2022.

Larian amal ini dianjurkan oleh Rose2Rose dengan kerjasama KRS MUSLEH, Kelab MyCARE MUSLEH, Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM).

“Program ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama serta masyarakat antarabangsa di seluruh dunia,” kata wakil MyCARE.

Tambahnya, pihak penganjur mensasarkan untuk mengutip RM200,000 bagi membantu kanak-kanak Syria mendapatkan kaki dan tangan palsu.

“Impian ini akan direalisasikan melalui kerjasama The National Syrian Project for Prothestic Limbs (NSPPL), sebuah NGO yang fokus untuk membantu rakyat Syria yang memerlukan kaki dan tangan palsu,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila imbas kod QR yang terdapat dalam poster atau layari www.walk4humanityr2r.krsmusleh.com.

Walk4Humanity – “Be Healthy, Do Charity”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia