Bantu baiki sistem siar raya masjid

Gema 100 Masjid

SERI KEMBANGAN – Berikutan terdapatnya masalah siar raya di masjid dan surau yang tidak mencapai tahap yang baik, projek Gema 100 Masjid mengambil inisiatif untuk membantu.

 

Projek ini merupakan inisiatif bersama Yayasan IKRAM Malaysia dan Muazzin AV Retail & Services Sdn Bhd dengan sasaran untuk memperbaiki sistem PA 100 masjid luar bandar.

 

“Namun, untuk mencapai tahap (siar raya) berkualiti, ia memerlukan kos yang tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ikram Malaysia, Haji Kamsani Nasir ketika ditemu ramah SUKE TV pada Ahad.

 

Menurutnya, pernah satu ketika di sebuah masjid memerlukan kos sebanyak RM90,000. Tetapi kualiti suaranya dan apa yang sepatutnya seperti nilai tersebut, pihak masjid itu tidak dapat.

 

“Justeru, kami melihat di situ ada keperluan, tambahan lagi masjid-masjid yang di luar bandar, yang mana dana mereka sangat kurang.”

 

Tambahnya, semua itu perlu dibantu kerana mereka tidak mahu masyarakat sekeliling mendapat kebingitan, contohnya kemerduan suara muazzin untuk mengumandangkan azan akan jadi terganggu.

 

“Kalau boleh, ini yang kita ingin elakkan dan masyarakat merasa kemerduan untuk terpanggil sama-sama mengimarahkan masjid.”

 

Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa sistem PA, Pengarah Muazzin AV, Mohd Farid Ismail berkata, ramai orang tidak perasan, sebenarnya operasi masjid itu terbina atas lima aktiviti utama iaitu azan, solat jemaah, kuliah, aktiviti komuniti dan khutbah Jumaat.

 

“Bila melihat kepada lima aktiviti ini, ia melibatkan dengan orang ramai. Jadi siapakah pemandunya? Tentu sekali sistem PA.”

 

Jadi, beliau melihat untuk mendapatkan sistem PA yang baik dan berkualiti untuk orang yang di dalam dan di luar masjid adalah sangat penting.

 

Dalam pada itu, Farid turut menerangkan misi dan visi Gema 100 Masjid.

 

“Antaranya ialah ingin membantu 100 masjid luar bandar yang tiada kemampuan untuk membetulkan sistem PA-nya,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, ia juga untuk menaikkan kembali prestij masjid ke tempat yang sepatutnya.

 

“Selain itu, tujuan utama Gema 100 Masjid ini dilancarkan ialah, mereka mahu membantu 100 masjid bagi memenuhi keperluan mereka mendapatkan siar raya yang baik.”

 

Justeru, bagi sesiapa yang ingin menyumbang untuk merealisasikan sasaran 100 masjid dibantu, dan sekali gus bersama-sama untuk mengembalikan semula prestij masjid ke tempat yang sepatutnya bolehlah meyalurkan di https://www.billplz.com/gema.

 

Untuk info lanjut tentang inisiatif murni Gema 100 Masjid, sila layari https://gema100masjid.com/

 

Yayasan IKRAM Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan secara sah pada 12 September 2011 dan berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

 

Objektif yayasan ini adalah untuk membantu golongan yang berkeperluan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama. Menumpukan pembangunan sosial, sosio fizikal, dan menjadi rakyat yang tidak terpinggir. 

 

Yayasan IKRAM Malaysia sebelumnya dikenali sebagai i-Bantu dan telah bergerak lebih awal lagi iaitu pada 1999.  Info lanjut yayasan boleh dilayari di pautan https://yayasan.ikram.org.my/

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia