Banjir: Lebih 16,500 mangsa dipindahkan

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Nur Daliza Dohat, Gua Musang, Kelantan menjadi jajahan pertama dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi dengan dua PPS dibuka bagi menempatkan 296 mangsa daripada 73 keluarga.

 

Setakat 8 pagi hari ini, di Perak, tiga daerah mula dilanda banjir menyebabkan 615 penduduk daripada 161 keluarga dipindahkan ke 10 PPS.

 

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Johor kepada 7,112 orang daripada 1,854 keluarga di lapan daerah setakat 8 pagi tadi, berbanding 6,391 orang malam tadi.

 

Manakala di Pahang, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 7,603 orang daripada 2,708 keluarga berbanding 3,979 orang, malam tadi.

 

Di Terengganu, mangsa banjir meningkat kepada 804 orang daripada 205 keluarga setakat 8 pagi berbanding 138 orang pada petang semalam, menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

 

Sebanyak 116 mangsa banjir daripada 36 buah keluarga di Negeri Selangor masih ditempatkan di dua PPS di Hulu Bernam setakat 8 pagi tadi.

 

Banjir di Pahang turut meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas manakala seorang anaknya hilang dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, malam tadi.

 

“Mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemui lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras semasa berjalan kaki pulang ke rumah bersama tiga anak lelakinya selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi,” kata Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan.

 

Dalam kejadian itu seorang daripada anak lelakinya Ukai Iskandar, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang di sini, turut hilang dan sehingga pagi ini masih belum ditemui.

 

“Kesemua mereka difahamkan berjalan kaki dari Kampung Gintong untuk pulang ke rumah di Taman Perdana yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat Iskandar meletak kenderaan semasa kejadian berlaku.”

 

Beliau berkata dua lagi anak mangsa yang berusia 15 dan 13 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam.

 

“Operasi mencari Ukai yang dimulakan sekitar 11 malam melibatkan 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada 3.30 pagi ekoran cuaca yang semakin buruk,” jelasnya.

 

Mazlan juga menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 

Dalam perkembangan lain, laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) Kuantan-Kuala Lumpur ditutup selepas dilimpahi air susulan hujan lebat yang berterusan.

 

“Laluan di Kilometer 84.6 hingga Kilometer 84.7 di Lanchang itu ditutup sepenuhnya mulai jam 11.30 malam tadi,” Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Anih Berhad, Fazlyaton Hussein.

 

Beliau berkata, kawasan berkenaan dilimpahi air sedalam satu meter berikutan hujan lebat dan pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan.

 

“Pengguna dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia