Lebih 26,000 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dipindahkan

SERI KEMBANGAN – Kira-kira 26,128 orang mangsa banjir dipindahkan ke 156 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu ekoran bencana banjir setakat jam 1.00 tengah hari, hari ini.

 

Menurut Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), negeri Terengganu paling teruk terjejas dengan 17,522 mangsa berada di 118 PPS melibatkan lapan daerah, manakala di Kelantan, seramai 8,606 mangsa berada di 38 PPS melibatkan empat daerah.

 

Di Terengganu, daerah Kemaman mempunyai paling ramai mangsa banjir iaitu 8,316 orang, diikuti Hulu Terengganu 3,706, Dungun 3,069, Besut 621, Kuala Terengganu 728, Setiu 553, Kuala Nerus 543 dan Marang 5.

 

Di Kelantan pula, daerah Pasir Mas paling terkesan iaitu seramai 7,771 orang mangsa banjir, diikuti Kuala Krai 340, Tanah Merah 288 dan Pasir Puteh 207.

 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di Dewan Rakyat hari ini, seramai 10,000 petugas barisan hadapan telah digerakkan dalam operasi menyelamat mangsa bencana banjir di Kelantan dan Terengganu ketika ini.

 

Tambahnya, selain itu, kerajaan melalui NADMA telah mengeluarkan notis siap siaga kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah dan menerima respons yang positif sejak 23 Februari.

 

“Semua kita tahu pemindahan banjir puncaknya adalah pada 26 hingga 28 Februari.”

 

“Tetapi oleh kerana kita bekerjasama dengan Jabatan Menteorologi (MetMalaysia) dan maklumat-maklumat awal telah kita sampaikan kepada negeri dan daerah, maka kesiapsiagaan di peringkat negeri dan daerah ini dapat berjalan dengan amat positif,” jelasnya.

 

Kata Dr Abdul Latiff, mulai 26 Februari juga mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat telah diadakan setiap hari bagi memantau keadaan banjir.

 

Dalam pada itu, Yayasan IKRAM Malaysia turut melancarkan Tabung Cakna Banjir 2022 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

 

Dengan sasaran kutipan sebanyak RM300,000, sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/caknabanjir.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia